Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
94) SKIMSEL DAN MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di segi pelaksanaan mengapa SKIMSEL lebih efektif dan efisien berbanding MiMBAR; atau sebaliknya?
a), b) dan c)
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan pencapaian setakat 31hb Oktober 2014 :
BIL PERKARA SKIMSEL MIMBAR 1. JANGKAUAN PESERTA Tempoh operasi Mac 2010–Okt 2014 Feb 2011 – Okt 2014 Jumlah peserta terkumpul 10,827 4,979 Jumlah Saluran Dana MBI RM 23,499,690.00 RM 15,931,656.58 Jumlah pembiayaan Terkumpul RM 89,032,750 RM 10,200,978 Nisbah Saluran Dana Per 1 : 3.7 1:0.6 Pembiayaan Purata pembiayaan per peserta RM 8,223 RM 2,049 2. KUTIPAN BAYARAN BALIK PESERTA & KUALITI PORTFOLIO Jumlah Pembiayaan Terkumpul RM 89,032,750 RM 10,200,978 Jumlah Kutipan RM 65,369,367 RM 5,283,913 Jumlah Tunggakan RM 433,330 RM 4,917,065 Jumlah Portfolio Berisiko 2% 87% Kadar Kutipan Balik (Terkumpul) 98% 13% Kadar Kutipan Balik Tahun 2010 100% Kadar Kutipan Balik Tahun 2011 99% Kadar Kutipan Balik Tahun 2012 98% Kadar Kutipan Balik Tahun 2013 97% Kadar Kutipan Balik Tahun 2014 98% Nota : KPI kadar kutipan balik yang diluluskan dalam MMKN pada kadar 90%. 3. KEUPAYAAN DAYA MAJU Jumlah Kerugian Terkumpul RM2,319,879 RM10,288,193 Jumlah Pembiayaan Tahun 2014 RM21,653,71 RM647,500 3 Jumlah Belanja Tahun 2014 RM3,010,596 RM2,223,321 Belanja Kakitangan & Manfaat RM2,697,481 RM1,960,430 Nisbah jumlah belanja per jumlah 1 : 0.14 1 : 3.43 pembiayaan tahun 2014 Nisbah kerugian terkumpul per jumlah 2.6% pembiayaan terkumpul Daripada jadual perbandingan pencapaian yang dinyatakan di atas dapat disimpulkan bahawa program SKIMSEL lebih efektif dan efisien berbanding program MIMBAR.
Terdapat beberapa kelemahan di dalam program Mimbar yang telah dikenalpasti antaranya adalah :-
- KUTIPAN BAYARAN TERTUNGGAK
Pihak Audit Dalaman MBI mendapati bahawa 29% bersamaan RM1,270,235 daripada tunggakan bayaran balik yang melebihi 30 hari adalah merupakan pembiayaan yang telah dikeluarkan kepada 632 peserta tegar yang tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada Mimbar semenjak tarikh pembiayaan dikeluarkan.
Kedudukan tunggakan yang tinggi boleh menjejaskan keupayaan Mimbar untuk terus memberi manfaat yang meluas kepada rakyat dibawah program MES kerana dana yang telah di agihkan kepada peserta semasa mungkin tidak dapat dimasukkan semula ke pusingan pembiayaan baharu.
- “BUSINESS MODEL”
Jadual di bawah merupakan perbandingan ”business model” yang dijalankan oleh MIMBAR dan SKIMSEL sebagaimana berikut :-
BIL PERKARA SKIMSEL MIMBAR 1. Kumpulan Sasaran Miskin luar bandar Miskin dalam bandar 2. Latihan Wajib 3 hari latihan wajib Taklimat sehari latihan asas 3. Kumpulan /Nadi
Mempunyai 5 orang ahli (1 kumpulan) Tiada kumpulan dibentuk 4. Tabung Kumpulan RM5 Seminggu Tiada tabung kumpulan 5. Mesyuarat Peserta Sadiq /
Seminggu sekali Tiada paksaan 6. Kutipan Bayaran Secara mingguan Secara bulanan 7. Kaedah kutipan Secara tunai mingguan Secara autodebit / tunai bulanan 8. Jaminan deposit 3 minggu bayaran balik Tiada 9. Caj 3% – 12 minggu Tiada kenaan caj perkhidmatan 6% – 25 minggu 8% – 50 mingguan
perkhidmatan 10. Pengesahan Modal Pegawai Operasi akan menyemak resit pembelian semasa pengesahan modal
Tiada pengesahan melalui semakan resit pembelian 11. Lawatan tapak projek Pegawai Operasi akan membuat lawatan tapak projek 2 kali dalam tempoh setahun Tiada lawatan tapak projek selepas mendapat pembiayaan. Lawatan tapak projek hanya dilakukan semasa proses siasatan awal permohonan pembiayaan. Untuk makluman, program SKIMSEL menggunapakai “business model” Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) manakala program MiMBAR tidak berpandukan mana-mana model skim mikrokredit di Malaysia di mana MiMBAR ingin membuat kelainan dan menggunakan model tersendiri tanpa membuat apa-apa kajian berkaitan risiko-risiko yang bakal dihadapi antaranya adalah kutipan balik pembiayaan. Program SKIMSEL telah terbukti berjaya kerana jumlah dana yang diterima daripada MBI berjumlah RM23,499,690 telah berjaya dikembangkan dengan jumlah pembiayaan terkumpul berjumlah RM89,032,750.
Secara perbandingan dari segi keupayaan untuk mendapatkan balik kutipan balik peserta kemungkinan ahli kumpulan yang dibentuk dapat membantu mempengaruhi peserta untuk lebih bertanggungjawab dalam pembayaran balik pembiayaan. Manakala MIMBAR hanya bersendirian dan ini menyebabkan kurangnya kesedaran berkaitan tanggungjawab membayar balik pembiayaan.
Selain itu, kekerapan kutipan juga memainkan peranan di mana mimbar hanya membuat kutipan secara bulanan dan Standing Instruction (SI) menyebabkan risiko dalam kutipan bayaran balik kerana peserta MIMBAR di kawasan Bandar di mana majoriti penduduk bandar kebiasaannya menyewa rumah. Sekiranya mereka berpindah maka pihak MIMBAR menghadapi kesulitan dalam mencari peserta terbabit.
Pelan / Tindakan penambahbaikan
Antara penambahbaikan yang dilakukan bagi mengatasi kelemahan program Mimbar adalah dengan menambahbaik “business model” program Mimbar iaitu dengan melaksanakan caj pengurusan menurut syariah (Ujrah) adalah berasaskan konsep bayaran upah ke atas khidmat peminjam yang diberikan. Caj pengurusan yang dikenakan adalah pada kadar rata bertujuan untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan mengurangkan kebergantungan terhadap saluran geran daripada MBI.
Program MiMBAR juga perlu menukar “business model” dengan mengambil contoh “business model” yang digunapakai oleh program SKIMSEL bagi mempastikan program MiMBAR berjaya. Dengan penggunaan “business model” SKIMSEL, MiMBAR akan dapat mempastikan kutipan bayaran balik pembiayaan lebih teratur dan penerimaan bayaran kutipan balik mengikut masa yang ditetapkan begitu juga tapisan dalam mendapatkan peserta.
Selain daripada itu bagi kutipan bayaran tertunggak, pihak pengurusan telah membuat ops kutipan dan berjaya membuat penjadualan semula bagi baki kutipan pembiayaan tertunggak. Pengurusan Mimbar juga akan membuat tapisan ke atas peserta bagi memastikan peserta yang diambil bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik ke atas pembiayaan yang diberi.
-
Dari segi pemberdayaan wanita apakah kelebihan SKIMSEL berbanding MiMBAR; atau sebaliknya?
-
Di segi membasmi kemiskinan apakah kelebihan SKIMSEL berbanding MiMBAR; atau sebaliknya?