Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
90) ANCAMAN ANJING LIAR DI DUN MERU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah halangan dalam kaedah penangkapan masa kini yang amat lemah?
Masalah yang dialami semasa menjalankan tangkapan anjing liar ialah ada pihak yang melindungi anjing-anjing liar itu dari ditangkap. Mereka mengaku tuan punya anjing tersebut, tetapi realitinya mereka tidak menjaga, membela atau menyimpan anjing-anjing tersebut. Mereka hanya memberi makan sahaja pada anjing liar tersebut dan membiarkan anjing tersebut berkeliaran secara
-
Sudahkah digerakkan kempen kesedaran membendung pembiakan anjing liar?
Pihak Majlis mempunyai tatacara sebenar pemeliharaan anjing untuk pemilik anjing ialah:-
- Mendapatkan lesen anjing dari
- Hanya dibenarkan memelihara anjing mengikut keluasan premis:-
- 1,000 meter persegi atau kurang – tidak boleh lebih dua (2)
- Lebih dari 1,000 meter persegi – tidak boleh lebih empat (4) ekor
- Perlu mendapatkan suntikan bagi mencegahkan penyakit anjing gila sebelum menperbaharui lesen
- Sentiasa menjaga kebersihan premis bagi mengatasi isu kacau ganggu bunyi bising dan
- Anjing tersebut handaklah sentiasa berada di bawah kawalan pemiliknya.
Majlis melaksanakan program-program secara berterusan seperti tindakan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan mengadakan dialog dengan NGO-NGO pencinta haiwan.
-
Adakah masalah sampah yang berlonggok di tempat awam salah satu punca peningkatan anjing liar?
Ya, masalah sampah yang berlonggok di tempat awam merupakan salah satu punca peningkatan anjing liar kerana anjing-anjing liar akan berkumpul untuk mencari makan di tempat-tempat tersebut dan haiwan ini juga menyebabkan sampah tersebut bertaburan dan bersepah dengan lebih