Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

86) PEMBANGUNAN SELANGOR VISION CITY, ELMINA EAST DAN ELMINA WEST

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat kawalan pembangunan di kawasan tersebut yang kini menjejaskan penduduk kampung berhampiran kerana masalah perparitan dan banjir kilat yang berkala?

     

    Latar belakang masalah banjir di kawasan berhampiran pembangunan Elmina East :

     

    1. Kampung Kubu Gajah merupakan salah satu perkampungan tradisi dengan profil muka bumi yang tidak sekata. Hampir kesemua rumah- rumah kediaman yang dibina tidak tersusun dan tiada kelulusan daripada Majlis.
    2. Kemudahan infrastruktur yang terdapat di kawasan ini tidak sempurna terutama sistem sistem perparitannya malahan terdapat jalan-jalan yang tidak mempunyai parit tepi jalan. Terdapat juga parit-parit awam yang melalui tanah-tanah persendirian dan kerap menjadi pertikaian di kalangan pemilik-pemilik tanah
    • Kejadian banjir ini telah berlaku di Jalan Gajah 16 dan Jalan Gajah 23 di Kampung Kubu Gajah pada 10 November 2013 bukan kejadian kali pertama malah telah berlaku beberapa kali sebelumnya walaupun sebelum aktiviti pembinaan dilaksanakan di kawasan pembangunan Elmina
    • Terdapat 7 kolam tadahan mengikut pelan-pelan yang telah diluluskan dalam pembangunan Elmina East seperti berikut : –

     

    No.Kolam Tadahan Luas (Ekar) Status Hala Aliran
    1 7.75 Siap dibina Sungai Damansara
    2 7.06 Siap dibina Sungai Damansara
    3 9.35 Siap dibina Sungai Subang
    4 25.13 Siap dibina Sungai Subang

     

    5 7.84 Siap dibina Sungai Subang
    6 11.00 Siap dibina Sungai Subang
    7 4.10 Siap dibina Sungai Buloh

     

    1. Lawatan tapak pada 10 November 2014 ke pembangunan Elmina East mendapati kolam-kolam tadahan no. 1 hingga no. 7 telah berfungsi dengan baik.
    2. Lanjutan daripada lawatan tapak tersebut juga mendapati bahawa pemaju iaitu Tetuan Sime Darby Development Sdn. Bhd juga telah siap melebarkan dan menyelenggara Sungai Subang yang merentasi kawasan pembangunan Elmina East sebagaimana syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran
    • Majlis telah menetapkan tindakan-tindakan berikut diambil bagi mengelakkan kejadian banjir berulang di Kampung Kubu Gajah, Seksyen U17.
    • Bagi kawasan berhampiran sempadan pembangunan Elmina East iaitu Jalan Gajah 16, Tetuan Sime Darby Development Sdn Bhd telah :-

     

    • Membina ban sebagai benteng penahan limpahan air Sungai Subang ke Jalan Gajah 16
    • Mengorek dan menyelenggara parit tanah di sepanjang Jalan Gajah 16
    • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Subang dari Jalan Gajah ke Sungai

     

    1. Tetuan Sime Darby Development Sdn Bhd telah membina kolam takungan sementara di kawasan zon penampan pembangunan Elmina yang bersebelahan Rentisan Elektrik dan Jalan Gajah
    2. Tetuan Sime Darby Development Sdn Bhd telah meningkatkan kapasiti kolam-kolam tadahan no.4, no. 5 dan no.6 tersebut supaya kapasiti air yang mengalir ke Sungai Subang kurang daripada kapasiti sebelum pembangunan dilaksanakan. Untuk makluman, pengeluaran air daripada kawasan pembangunan Elmina melalui kolam takungan 5 atau ‘outlet 3’ telah dapat dikurangkan daripada 295.95 m³/sec kepada 219.49 mm³/sec.
    3. Tetuan Sime Darby Development Sdn Bhd telah meningkatkan aras empangan sedia ada dan membina empangan tambahan sebelum melintasi paip bekalan air dengan tujuan mengurangkan kelajuan pengaliran air pada musim tengkujuh bagi simpanan Sungai Subang yang merentasi pembangunan
    • Tetuan Sime Darby Development Sdn Bhd telah membina ‘perimeter drain’ di sempadan pembangunan Elmina berhampiran Jalan Gajah
    • Tetuan Sime Darby Development Sdn Bhd akan membina Kolam Takungan sementara di tanah miliknya disebelah barat Lebuhraya Koridor Guthrie (Elmina West) yang dianggarkan berkeluasan 3000 ekar dan menyumbang 50% kepada ‘run off/m³ ke Sungai

     

    • Pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran akan mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi kerja-kerja pelebaran Sungai Subang sepanjang

    9.3 km. Ini adalah disebabkan pihak Jurutera Perunding telah menyiapkan pelan-pelan rekabentuk pihak Sime Darby Developmen Sdn Bhd telah menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja tersebut sebanyak RM7 Juta.

    1. Kerajaan Negeri dipohon menyalurkan peruntukan kepada MBSA bagi membolehkan Majlis melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan keseluruhan Kampung Kubu Gajah yang meliputi perlantikan Jurukur Berlesen, Jurutera Perunding dan pengambil alihan tanah-tanah persendirian untuk pembinaan parit-parit
  2. Adakah pihak kerajaan negeri akan mengarahkan dan memastikan pihak pemaju mewujudkan kolam tadahan banjir yang mencukupi bagi mengelakkan banjir kilat?

    MBSA telah menetapkan bahawa Kebenaran Merancang Pelan Susunatur dan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan semua pembangunan di Shah Alam hendaklah mendapatkan sokongan daripada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). Pihak JPS telah mensyaratkan bahawa 5% daripada keluasan keseluruhan kawasan pembangunan hendaklah diperuntukkan untuk membina kolam takungan/kolam tadahan

Lampiran

Tiada Lampiran.