Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

72) KOMPLEKS LKIM KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini kompleks tersebut ?

    Kompleks Pendaratan Ikan LKIM telah siap sepenuhnya pada 2 Mei 2014, walau bagaimanapun sehingga kini pihak kami masih menunggu kelulusan Sijil Kebenaran Menduduki (CF) daripada Pejabat Tanah Daerah Kuala

  2. Sila huraikan setakat manakah pencapaian matlamat Kompleks LKIM ini seperti yang dirancang ?

    Setakat ni belum ada kerja-kerja pendaratan ikan dilakukan. Ini kerana pihak LKIM tidak membuka operasi pendaratan ikan yang melibatkan aktiviti orang awam sehingga Sijil Kelayakan Menduduki diterima daripada pihak Pejabat Tanah Daerah. Walau bagaimanapun, kami telah menempatkan Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Daerah di bangunan Kompleks LKIM

  3. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan aktiviti pendaratan ikan masih gagal dijalankan ?

    Setakat ni belum ada kerja-kerja pendaratan ikan dilakukan. Ini kerana pihak LKIM tidak membuka operasi pendaratan ikan yang melibatkan aktiviti orang awam sehingga Sijil Kelayakan Menduduki diterima daripada pihak Pejabat Tanah Daerah. Walau bagaimanapun, kami telah menempatkan Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Daerah di bangunan Kompleks LKIM

Lampiran

Tiada Lampiran.