Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

63) PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Bahagian Pembangunan Luar Bandar mengikut pecahan PTD bagi tahun 2007- 2014.

    Jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Bahagian Pembangunan Luar Bandar mengikut pecahan PTD bagi tahun 2007-2014 adalah seperti di

  2. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kampung-kampung tidak tersusun dan memerlukan naik taraf daripada segi infrastruktur asas seperti jalan dan sebagainya.

    Kerajaan Negeri dari dulu hingga kini memberi tumpuan spesifik kepada Pembangunan Desa tidak kira kepada Kampung Baru, Kampung Tersusun, Kampung Bagan atau Kampung Tradisi. Matlamat Kerajaan Negeri secara amnya adalah untuk meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi penduduk desa. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup serta merapatkan jurang ekonomi masyarakat Bandar dan

     

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka satu dasar iaitu Pembangunan Desa Bersepadu dan Mampan. Ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan penduduk di samping mewujudkan nilai keempunyaan penduduk bagi sesuatu kampung tersebut. Perkara ini masih di peringkat awal di mana segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala perjalanan berhubung perkara ini berjalan seperti yang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan khas untuk menyediakan sistem jalan dan perparitan untuk Kampung Sungai Bakau,Rawang?

    Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan khusus tahunan untuk pembangunan infrastruktur kampung Melayu dan kampung tradisi di bawah peruntukan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dikawal selia

     

    oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan khas untuk Kampung Sungai Bakau. Selain penyediaan peruntukan khusus tersebut, Kerajaan Negeri juga sedia mempertimbangkan permohonan dari semasa ke semasa sekiranya keperluan pelaksanaan projek pembangunan tersebut adalah mendesak.

Lampiran

Tiada Lampiran.