Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

52) PROGRAM KEBERSIHAN KESELURUHAN “TOTAL CLEAN” DI PBT SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan untuk Program Kebersihan Keseluruhan mengikut PBT.

    Jumlah peruntukan yang disalurkan untuk Program Kebersihan Keseluruhan adalah sebanyak RM31,234,692.70. Jumlah mengikut PBT seperti di Lampiran 1.

    Lampiran 1

     

     

    Jumlah peruntukan yang disalurkan untuk Program Kebersihan Keseluruhan

    mengikut PBT Pada Tahun 2014

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN Jumlah Peruntukan yang Diluluskan Jumlah (RM)
    Perbelanjaan AM – B29 Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri

    (MARRIS)

    Majlis Perbandaran Selayang 1,953,550.00 1,813,365.00 3,766,915.00
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2,540.000.00 1,620,250.00 4,160,250.00
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 697,675.00 840,000.00 1,537,675.00
    Majlis Perbandaran Sepang 757,550.00 587,238.00 1,344,788.00
    Majlis Daerah Kuala Langat 815,000.00 627,000.00 1,442,000.00
    Majlis Perbandaran Klang 5,702,500.00 2,475,300.00 8,177,800.00
    Majlis Daerah Kuala Selangor 1,300,000.00 2,737,200.00 4,037,200.00
    Majlis Daerah Sabak Bernam 561,550.00 348,782.20 910,332.20
    Majlis Perbandaran Kajang 3,844,432.50 1,435,300.00 5,279,732.50
    Majlis Daerah Hulu Selangor 378,000.00 200,000.00 578,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 18,550,257.50 12,684,435.20 31,234,692.70

    **Sumber: Pejabat Kewangan Negeri (PWN)

     

  2. Apakah langkah-langkah seterusnya dicadangkan oleh Kerajaan Negeri selepas 3 bulan Program Kebersihan Keseluruhan dilaksanakan bagi memastikan kebersihan masih terjaga.

    Selain daripada melaksanakan Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Pepejal jangka pendek iaitu untuk tempoh tiga (3) bulan, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh tiga (3) hingga empat

    • Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam pelan jangka panjang ini termasuklah:-
      1. Menggubal Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor;

     

    1. Menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif dan mengikut kajian kos;

     

    • Melaksanakan pembersihan awam secara in-house di PBT secara berperingkat mulai tahun 2015; dan

     

    1. Menyediakan SOP penyediaan dokumen tender dan proses pelantikan kontraktor kutipan sampah di seluruh
  3. Adakah Kerajaan Negeri juga bercadang mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kontraktor-kontraktor sampah yang gagal melakukan kerja kutipan sampah mengikut jadual seperti senarai hitam kontraktor di peringkat negeri bukan peringkat PBT tertentu sahaja? Jika tidak, nyatakan sebabnya.

    Kerajaan Negeri akan mengkaji kaedah yang boleh digunapakai bagi menyenarai hitam syarikat yang gagal melakukan kerja kutipan sampah melalui sistem yang dapat dikongsi atau diakses oleh Kerajaan Negeri bersama PBT. Setakat ini, lantikan kontraktor-kontraktor sampah adalah dilaksanakan oleh pihak PBT sendiri di mana PBT telah mempunyai mekanisme untuk memantau prestasi kontraktor-kontraktor yang telah dilantik dan tindakan tegas telah diambil termasuklah mengenakan penalti melalui pelaksanaan Notice to Correct kepada kontraktor, penamatan kontrak syarikat yang dan tidak melantik semula mana- mana syarikat kontraktor yang mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak

Lampiran

Tiada Lampiran.