Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

50) TANAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lot dan keluasan tanah rizab Melayu yang diwartakan di Selangor secara bandingan tahunan sejak 2005 hingga 2014?

    Terdapat 1,500 lot dengan keluasan 314 hektar Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor telah diwartakan dari tahun 2005 hingga 2014. Butirannya mengikut Daerah adalah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

    JUMLAH LOT DAN KELUASAN TANAH REZAB MELAYU (TRM) YANG DIWARTAKAN DI NEGERI SELANGOR SECARA BANDINGAN SEJAK TAHUN 2005-2014

     

     

    BIL.

     

    DAERAH

     

    TAHUN 2005

     

    TAHUN 2014

     

    PERBANDINGAN TAHUN 2005 & 2014

    JUMLAH LOT JUMLAH KELUASAN JUMLAH LOT JUMLAH KELUASAN JUMLAH LOT JUMLAH KELUASAN
    1. Petaling
    2. Gombak
    3. Klang
    4. Sepang
    5. Hulu Selangor
    6. Hulu Langat 1,194 4.25 hektar 1,194 4.25 hektar
    7. Kuala Langat
    8. Kuala Selangor 303 101.4 hektar 303 101.4 hektar
    9. Sabak Bernam 3 7.664 hektar 3 7.664 hektar
    JUMLAH KESELURUHAN  

    3

     

    7.664 hektar

     

    1,497

    105.65

    hektar

     

    1,500

     

    113.314 hektar

    Sumber: Bahagian Perundangan, PTGS

  2. Apakah usaha kerajaan untuk menggantikan semula kemerosotan keluasan tanah rizab Melayu di negeri Selangor?

    Bagi menggantikan semula kemerosotan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengenalpasti tanah-tanah yang bersesuaian dan sama jenis serta keluasan untuk dicadangkan sebagai tanah penggantian ke atas Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan. Sebagai contoh, MMKN baru-baru ini telah meluluskan cadangan penggantian TRM sebanyak 4 ekar tanah di Daerah Hulu Selangor dan 895 ekar tanah di Daerah Gombak untuk diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dengan kerjasama semua Pentadbir Tanah Daerah telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (JKPPTRM) yang memfokuskan hal-hal pengurusan dan penggantian TRM agar ianya selaras dengan Enakmen Rizab Melayu serta peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa.

     

  3. Bagi membantu rakyat dalam mengatasi masalah pemilikan perumahan dan penempatan, adakah kerajaan bersetuju untuk melaksanakan program pembesaran kampung tradisi Melayu?

    Bagi membantu rakyat dalam mengatasi masalah pemilikan perumahan dan penempatan, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Anak Syarikat Kerajaan Negeri telah diberi tanggungjawab

     

    untuk menumpukan pembinaan rumah-rumah mampu milik dengan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk melaksanakan program pembesaran kampung tradisi Melayu.

Lampiran

Tiada Lampiran.