Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

49) KESESAKAN LALU LINTAS DI PERSIMPANGAN JALAN KUANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah ada perancangan untuk mengambil alih tanah di Persimpangan Empat (4) Jalan Kuang, Kg Setia (B149) dan Lorong Melati (B25) yang sering berlaku kesesakan teruk terutama di waktu puncak bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ?

     

    a) Pentadbir Tanah Gombak sedia membuat pengambilan tanah melalui kaedah Akta Pengambilan Tanah 1960 lot-lot yang terlibat sepanjang di Persimpangan Empat (4) Jalan Kuang, Kg. Setia (B 149) dan Lorong Melati (B25) untuk mengatasi kesesakan jalan

    Walau bagaimanapun sehingga kini Pentadbir Tanah Gombak tiada menerima permohonan pengambilan tanah dari mana-mana jabatan kerajaan/agensi seperti JKR/UPEN/MPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.