Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
43) ISU MASYARAKAT INDIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang dirancang kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan kaum India di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar secara khusus untuk membantu kaum India bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang baik di negeri
Walau bagaimanapun, di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, senantiasa peka akan arus perubahan dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dan sekali gus meningkatkan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dan mampu untuk menanggung segala keperluan semasa.
Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah melaksanakan beberapa program motivasi di ladang – ladang bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan para pekerja ladang dan anak – anak pekerja ladang untuk memajukan diri bagi meningkatkan taraf hidup sosioekonomi mereka dengan lebih baik dan dapat menjamin masa depan mereka dan keluarga.
Di bawah jawatankuasa ini, program seperti Program Bantuan Yuran Pengajian bagi anak – anak pekerja ladang telah dilaksanakan secara meluas di ladang – ladang di negeri Selangor dan secara tidak langsung dapat membantu anak – anak pekerja ladang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan meningkat peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Di samping itu, Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah yang telah dilaksanakan di ladang – ladang juga sedikit sebanyak membantu pekerja ladang untuk mengurangkan kos bebanan sara hidup bagi menghantar anak – anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan sempurna untuk menjamin masa hadapan.
Melihat kepada perubahan dan permintaan pekerjaan pada masa kini yang lebih mengutamakan mereka yang mempunyai kelulusan pengajian tertinggi dan juga mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luar, Jawatankuasa Pekerja Ladang dalam perancangan untuk mengembangkan program – program sedia ada selaras dengan permintaan pasaran semasa dan pekerjaan masa kini. Dengan perancangan untuk penambahan program – program berbentuk kemahiran serta akademik yang lebih khusus dapat meningkatkan peluang pekerjaan pekerja – pekerja ladang dan menyiapkan anak – anak pekerja ladang dengan kemahiran dan pendidikan bagi masa akan datang dan menjamin masa depan mereka serta
-
Minta kerajaan negeri senaraikan kuil-kuil India di dalam kawasan DUN Kajang dan langkah-langkah yang diambil oleh pewartaan kuil-kuil India
Senarai kuil – kuil India di dalam kawasan DUN Kajang dan langkah – langkaj yang diambil oleh pewartaan kuil – kuil India adalah seperti di lampiran
LAMPIRAN
PROSES PERMOHONAN PEWARTAAN BAGI RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
- Semua permohonan pewartaan Bagi Rumah Ibadat Selain Islam (RIBI) perlulah dibuat melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) masing-masing. Permohonan yang diterima akan di proses oleh pihak PTD dengan mendapatkan ulasan daripada beberapa Jabatan Teknikal yang
- Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam (HESI) untuk dipertimbangkan sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk
- Selepas mendapat kelulusan daripada MMKN, satu kertas ringkasan akan dibawa untuk mendapatkan kelulusan Menteri Besar. Seterusnya, tindakan mendapatkan Pelan Akui daripada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) perlu dilakukan sekiranya tapak yang diluluskan belum memiliki Pelan
- Setelah semua Dokumen telah lengkap, PTD akan menghantar makluman pewartaan kepada pihak Kamar Penasihat Undang-Undang untuk tujuan percetakan warta.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu golongan penjaja kecil di kalangan masyarakat India di Selangor
- Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada rancangan khusus untuk membantu golongan penjaja kecil di kalangan masyarakat India di Negeri Selangor. Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, kami senantiasa peka dan mengambil maklum akan kemajuan masyarakat India di dalam bidang perniagaan. Masyarakat India di Negeri Selangor dilihat kurang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan kerana mereka tidak tahu akan saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan. Kerajaan Negeri menggalakkan penceburan masyarakat India dalam bidang
Di bawah program-program stanco Kerajaan Negeri, terdapat beberapa bantuan khusus untuk membantu penjaja-penjaja kecil namun tidak tertumpu kepada satu- satu kaum sahaja, malah bantuan seperti ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Selangor demi untuk membantu para penjaja kecil-kecilan dalam memajukan diri di dalam bidang perniagaan. Seperti contoh, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Di bawah program bantuan ini, Kerajaan Negeri merancang untuk membantu penjaja kecil yang layak dalam mendapatkan peralatan berniaga dan mesin pemprosesan tanpa mengenakan sebarang bayaran demi untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan namun mempunyai minat memajukan diri dalam bidang perniagaan. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan kebajikan rakyat dalam memberi bantuan – bantuan sebegini.
Penjaja di kalangan masyarakat India didapati kurang membuat permohonan bagi mendapatkan lesen menjaja. Ramai di antara mereka yang menjaja apa jua jenis perniagaan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak yang sepatutnya terlebih dahulu. Untuk makluman, semua rakyat di Negeri Selangor boleh memohon dan tiada sebarang kuota atau sekatan yang dikenakan untuk penjaja kecil yang ingin mendapatkan lesen menjaja.
Masyarakat India harus tampil ke hadapan untuk mengetahui akan saluran yang betul dalam mendapatkan bantuan – bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.