Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
38) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI BAGI MENGGALAKKAN KEUSAHAWANAN KECIL DI KAWASAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon nyatakan rancangan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan keusahawanan kecil terutama di kawasan bandar:
Pihak Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited untuk membantu keusahawanan kecil termasuk dalam pemberian lesen perniagaan. Sokongan pihak Kerajaan Negeri melalui PBT dalam pemberian lesen perniagaan kecil adalah membenarkan aktiviti penjajaan di tepi jalan dengan syarat lokasi perniagaan adalah sesuai, tidak bercanggah dengan peraturan dalam undang-undang kecil, tidak menimbulkan masalah lalu lintas, halangan dan
Di antara lesen penjaja yang dikeluarkan adalah:-
- Lesen / permit penjaja sementara;
- Lesen / permit penjaja statik;
- Lesen / permit penjaja beredar / kenderaan (mobile);
- Lesen / permit penjaja perayaan;
- Lesen / permit pasar malam;
- Lesen / permit pasar tani;
- Lesen / permit pasar awam’ dan
- Lesen / permit ruang niaga di pasar raya / hypermarket
Selain itu, pihak PBT juga ada menganjurkan sesi taklimat kepada usahawan kecil dan penjaja bagi menjelaskan undang-undang kecil dan peraturan syarat-syarat lesen.
Terdapat juga sesetengah PBT seperti Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang mengeluarkan lesen serta-merta kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah ditentukan, di
samping memberikan kelonggaran terhadap pensyaratan-pensyaratan lesen yang tidak kekal.
-
Sokongan pihak PBT dalam pemberian lesen perniagaan kecil. Tapak-tapak perniagaan sementara di kawasan PBT dan kampung. Insentif-insentif galakan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Pada asalnya, terdapat sejumlah Kedai Luar Bandar (PLB) yang diuruskan oleh Pejabat Daerah / Tanah. Walau bagaimanapun, kedai- kedai tersebut telah diserah / diambil alih oleh PBT bagi memastikan keadaannya sentiasa terjaga. Selain daripada kedai-kedai PLB tersebut yang telah diambil alih oleh pihak PBT, pihak PBT sendiri ada menyediakan tapak-tapak perniagaan seperti gerai, kiosk, petak pasar malam, petak pasar pagi di dalam kawasan taman perumahan. Kebanyakan tapak-tapak perniagaan sementara ini melibatkan jalan-jalan awam dan tempat letak kereta kawasan perumahan. Ada di antara gerai- gerai tersebut yang hanya dikenakan sewa serendah RM100.00 dan RM300.00
Selain daripada PBT, agensi / anak syarikat Kerajaan Negeri juga turut menyediakan tapak-tapak perniagaan ini seperti Bazar PKPS di kawasan MPSJ, Bazar Primawalk.
Sebahagian daripada tapak-tapak perniagaan sementara yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui PBT, Agensi dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran 1.