Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

35) PRESTASI PENJAWAT AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan langkah-langkah yang dirancang kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi penjawat awam di Selangor

    Antara langkah-langkah yang dirancang Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan prestasi Penjawat Awam Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    memberikan latihan-latihan peningkatan kemajuan kerjaya kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor. Ini bertujuan bagi melahirkan Penjawat Awam yang kompeten dan mempunyai nilai tambah agar lebih diterima bagi menyandang jawatan-jawatan yang lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan datang. Bagi tujuan tersebut, semua penjawat awam diwajibkan menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari

     

    Menyediakan pinjaman boleh ubah kepada Penjawat Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana secara sambilan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri

     

    Menaikkan pangkat secara khas untuk Penyandang (KUP) bagi anggota Kumpulan Pelaksana Gred 1 – 40 selepas 13 tahun berkhidmat di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Inisiatif ini mampu meningkatkan jumlah emolumen bulanan dan motivasi kerja anggota yang

     

    Melantik pegawai kontrak yang telah lama berkhidmat ke gred jawatan naik pangkat setelah mereka genap 10 tahun perkhidmatan kontrak bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 14 tahun bagi Kumpulan Pelaksana. Melalui kaedah ini, pegawai lantikan kontrak akan menerima kenaikan gaji di gred baru termasuk elaun-elaun

     

    Menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, kelayakan minimum pelantikan anggota perkhidmatan awam juga telah dinaikkan ke Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum

     

    Melaksanakan Amalan 5S di semua ruang kerja jabatan dan bahagian di bawah Kerajaan bagi memastikan semua penjawat awam bekerja dalam keadaan kondusif dan

     

    Melaksanakan pensijilan MS ISO bagi prosedur-prosedur tertentu di setiap jabatan dan bahagian di mana ia akan memudahkan penjawat awam melaksanakan tugasan kerana adanya standard templete dan peraturan yang seragam. Melalui pensijilan tersebut, penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih licin dan teratur.

     

    DYMM Tunku Sultan Selangor turut menganugerahkan Bintang, Pingat dan Darjah Kebesaran kepada penjawat awam pada setiap tahun bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh penjawat

     

    Menganugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang di mana mereka diberikan insentif dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN sebanyak RM1,000.00 dan sijil penghargaan.

     

    Insentif pemberian komputer tablet dan telefon bimbit kepada semua pegawai Gred 41 ke atas bagi memudahkan urusan kerja sekiranya berada di luar daripada

     

  2. Apakah mekanisme yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk memantau etika kerja dan prestasi terhadap ahli majlis dan JKKK di seluruh Selangor

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau etika kerja dan prestasi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor melalui Laporan Prestasi Tahunan serta Laporan Kehadiran Ke Mesyuarat yang dikemukakan oleh setiap PBT. Laporan Prestasi Tahunan serta Laporan Kehadiran Ke Mesyuarat ini dijadikan sebagai salah satu asas bagi menimbang sama

     

    ada seseorang Ahli Majlis tersebut dilantik semula pada penggal berikutnya.

     

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga mengemukakan senarai nama Ahli Majlis kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Insolvensi Malaysia bagi memastikan Ahli Majlis yang dilantik bebas dari sebarang rekod salah laku rasuah, jenayah dan tidak berstatus muflis.

     

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat-pejabat Daerah memantau etika dan prestasi kerja mereka melalui mesyuarat yang diadakan secara berkala sekurang-kurangnya sekali sebulan. Melalui mesyuarat tersebut, JKKK akan melaporkan permasalahan yang timbul di kawasan mereka serta usaha-usaha yang telah diambil untuk menanganinya.

     

    Pejabat Daerah dan Tanah juga mengadakan lawatan turun padang secara berkala dan mengejut bagi melihat keberhasilan tugasan JKKK yang dilantik.

     

  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi memantapkan pengurusan kerja penjawat awam di setiap zon PBT seluruh Selangor

    Antara mekanisme rancangan kerajaan negeri bagi memantapkan pengurusan kerja penjawat awam di setiap zon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor adalah seperti berikut:-

     

    Mewajibkan semua anggota kerja di PBT menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Melalui kursus-kursus tersebut mereka akan didedahkan dengan pelbagai ilmu sama ada generic atau functional supaya menjadi penjawat awam yang bersifat think global, act locally. Bagi tujuan tersebut, terdapat juga anggota PBT dihantar berkursus di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) bersama-sama anggota PBT dari negeri-negeri lain dari semasa ke

     

    Mengadakan Sesi Townhall bersama-sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tanpa kehadiran Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT bagi memberi peluang kepada penjawat awam di PBT membangkitkan apa-apa permasalahan atau cadangan untuk diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Menerusi pendekatan ini, Kerajaan Negeri dapat mendengar sendiri aduan atau cadangan daripada anggota kerja PBT supaya langkah penyelesaian dapat dikenal pasti dan dilaksanakan

     

    • Menggalakkan PBT menyertai Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) PBT yang dikendalikan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

     

    yang diadakan dua tahun sekali. Melalui Star Rating PBT, PBT akan bersaing untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua stakeholders mereka. Ini kerana penjawat awam di PBT mahukan PBT mereka bertaraf 5 bintang.

     

    Menstruktur semula perjawatan PBT di mana lebih banyak waran perjawatan Kumpulan Pelaksana diwujudkan bagi menampung keperluan semasa PBT. Ini kerana Kumpulan Pelaksana bertindak sebagai first liner di setiap Zon

     

Lampiran

Tiada Lampiran.