Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

28) PERBELANJAAN KESIHATAN DAN PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah perbelanjaan Kerajaan Negeri telah digunakan untuk aspek Kesihatan setakat Oktober 2014?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan hampir 90% daripada jumlah peruntukan yang diperuntukkan iaitu RM800,000.00 bagi tahun 2014 dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan kesihatan di Negeri Selangor. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM722,483.85.

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 69% daripada peruntukan ini disalurkan kepada Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor manakala selebihnya digunakan bagi tujuan kempen dan mempromosi gaya hidup sihat di Negeri Selangor.

  2. Sila kemukakan senarai bilangan penduduk yang menerima rawatan mengikut setiap Pusat Dialisis Rakyat yang ditubuhkan

    Bilangan penduduk yang menerima rawatan mengikut setiap Pusat Dialisis Rakyat adalah seperti di Jadual

     

    BIL. LOKASI PDR JUMLAH MESIN JUMLAH PENERIMA
    1 Ampang 12 37
    2 Taman Medan 8 18
    3 Sementa 8 29
    4 Lembah Keramat 8 28
    JUMLAH 36 112

    Jadual 1

     

  3. Berapakah perbelanjaan bulanan untuk satu Pusat Dialisis Rakyat?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan bulanan untuk satu Pusat Dialisis Rakyat adalah seperti di Lampiran A.

     

     

     

    Lampiran A

     

     

    PUSAT

    DIALISIS RAKYAT

     

    JANUARI (RM)

     

    FEB (RM)

     

    MAC (RM)

     

    APRIL (RM)

     

    MEI (RM)

     

    JUN (RM)

     

    JULAI (RM)

     

    OGOS (RM)

     

    SEPT (RM)

     

    OKT (RM)

     

    Ampang

     

    35,920.20

     

    35,920.20

     

    35,920.20

     

    36,900.00

     

    38,400.00

     

    39,611.20

     

    42,193.60

     

    42,193.60

     

    42,414.00

     

    42,414.00

    Lembah Keramat  

    23,185.00

     

    23,195.00

     

    23,195.00

     

    24,592.20

     

    24,592.20

     

    25,708.40

     

    26,458.40

     

    27,391.20

     

    28,291.60

     

    28,892.80

    Taman Medan  

    26,208.36

     

    26,208.36

     

    26,458.76

     

    28,359.16

     

    28,359.16

     

    28.359.16

     

    29,059.96

     

    29,309.96

     

    30,710.76

     

    30,710.76

     

    Sementa

     

    26,309.36

     

    26,306.36

     

    26,709.16

     

    28,559.16

     

    31,693.50

     

    32,144.30

     

    32,695.10

     

    32,945.10

     

    34,566.30

     

    34,566.30

     

     

    PUSAT DIALISI RAKYAT PERBELANJAAN SEHINGGGA OKTOBER 2014
    Ampang 391,887.00
    Lembah Keramat 255,511.80
    Taman Medan 283,744.40
    Sementa 306,495.64
    JUMLAH 1,237,638.84

     

Lampiran

Tiada Lampiran.