Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
12) PORTFOLIO PELANCONGAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan perancangan portfolio Pelancongan tahun 2015?
Kerajaan Negeri Selangor telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor dan program ini dijangka akan merancakkan lagi industri pelancongan di negeri Selangor dan dapat meningkatkan lagi pendapatan kepada semua pemain industri sekali gus meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor .
Sehubungan dengan itu penganjuran Tahun Melawat Selangor 2015 adalah di bawah seliaan dan pentadbiran Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong (UPEN Pihak Berkuasa Tempatan). Selain itu turut menjadi sekretariat Tahun Melawat Selangor 2015 ialah Jawatankuasa Pelancongan yang dianggotai Ahli Lembaga Pengarah Tourism Selangor seperti berikut :
- Yang Berbahagia Datin Jasmine Abdullah Heng
- Yang Berusaha En Anthony Wong
- Wakil Pihak Pejabat Menteri besar
Turut menjadi jawatankuasa bersama ialah Pengurus Besar Tourism Selangor . Antara lain jawatankuasa ini akan memastikan semua aktiviti, acara dan program yang telah dirancang sebelum ini dijalankan serta memberikan impak yang baik terhadap industri pelancongan di negeri Selangor. Selain daripada itu sekretariat ini juga akan menjadi pengawal kepada penggunaan semua peruntukan agar ianya dapat dibelanjakan secara berhemat dan terkawal .
Walau bagaimanapun bagi melancarkan lagi pengurusan dan perjalanan Tahun Melawat Selangor 2015 juga turut melibatkan serta bekerjasama dengan erat daripada pihak-pihak seperti berikut :
- Kementerian Pelancongan Malaysia
- Tourism Malaysia
- Tourism Malaysia Selangor
- Semua pengusaha produk pelancongan negeri Selangor
- Agensi pelancongan
- Pusat membeli belah
- Restoran
- Kraftangan
- Semua NGO pelancongan seperti MATTA, Bumitra, Persatuan Pemandu Pelancongan, MAH, MBHA dan lain-lain
Tourism Selangor turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melibatkan agensi kerajaan mahupun di peringkat swasta . Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Pelancongan Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Daerah , Agensi Kerajaan dan Swasta yang mempunyai keanggotaan seperti berikut :
- Pegawai Pelancongan / Komunikasi Korporat Pihak Berkuasa Tempatan
- Pegawai Pelancongan / Komunikasi Pejabat Daerah
- Pegawai Agensi Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Negeri Selangor
- Pegawai Agensi Swasta Yang Lain
-
Apakah ada perbezaan atau penambahan perancangan berbanding tahun-tahun sebelumnya?
Negeri Selangor kini boleh berbangga dengan produk dan destinasi pelancongannya kerana dengan promosi berterusan yang dilakukan oleh Negeri Selangor melalui agensi pelaksananya iaitu Tourism Selangor mula menampakkan hasil apabila produk dan destinasi pelancongan di Negeri Selangor semakin dikenali dan menjadi pilihan percutian oleh para pelancong dalam dan luar
Pada awal kempen ‘Selangor Shines’ dijalankan, terdapat 10 destinasi pelancongan yang terkenal dan sering menjadi tarikan utama pelancong apabila mereka berkunjung ke Negeri Selangor. Sehingga kini jumlah destinasi tersebut semakin bertambah.
Berikut adalah 20 destinasi di Negeri Selangor yang popular dikalangan pelancong dari dalam dan luar negara:
Bil Destinasi Pelancongan Daya Tarikan 1. Sunway Lagoon, Petaling Jaya · Teman Tema Air · ‘One stop centre’ hiburan, membeli-belah, hospital, pendidikan dan lain-lain
2. Batu Caves, Gombak · Perayaan Thaipusam · Tempat beribadat terbesar bagi masyarakat India
3. Kelip-Kelip, Kuala Selangor · Menyaksikan keindahan hidupan kerdipan kelip-kelip pada waktu malam 4. Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam · Kecantikan dan keunikan seni bina Islam · Tempat beribadat bagi umat Islam
· Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara
5. Sepang Gold Coast, Sepang · Menawarkan pengalaman percutian yang indah dengan tinggal di chalet-chalet di atas air yang menganjur ke Selat Melaka dan binaan chalet yang menyerupai pokok plama (dilihat dari udara) seperti sebuah resort yang terdapat di negara Timur Tengah. 6. Dong Zen Monastery Temple, Kuala Langat · Tempat beribadat bagi penganut agama Buddha yang setiap tahun menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ‘Pesta Tanglung’ serta mempunyai landskap yang cantik dan bersih 7. Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong · Tempat beriadah serta menjadi kunjungan bagi penggemar mahupun pengkaji flora dan fauna serta mempunyai hutan hujan yang tertua di Malaysia 8. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang · Sebuah muzium yang serba indah yang memaparkan sejarah yang amat bernilai mengenai kehidupan dan pemerintahan Institusi Diraja Negeri Selangor. 9. Bukit Melawati, Kuala Selangor · Sebuah kota peninggalan kerajaan Melayu Selangor yang menyimpan pelbagai cerita sejarah, misteri dan juga
menempatkan makan Diraja Selangor. · Juga merupakan tempat bagi mencerap anak bulan serta Rumah Api yang dibina pada 1907 dan beroperasi hingga kini bagi pengguna Selat Melaka.
10. Hutan Lipur Kanching, Rawang · Merupakan tempat paling popular bagi aktiviti riadah bersama keluarga sambil mandi manda di air terjun yang airnya sejuk dan menyegarkan. 11. I-City Shah Alam, Shah Alam · Menyaksikan keindahan pelbagai lampu LED yang berwarna warni serta aktiviti bermain salji di ‘snow walk’, galeri seni dan permainan taman tema air yang menyeronokkan. 12. Kidzania, Mutiara Damansara · Taman tema ‘indoor’ bagi kanak- kanak yang mempunyai pelbagai aktiviti yang mendedahkan mereka kepada kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak. · Hanya terdapat beberapa buah taman tema seperti ini diseluruh dunia.
13. Morib Gold Coast, Kuala Langat · Sebuah resort yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga serta sebuah mini taman tema air. 14. Litar Formula One, Sepang · Litar Formula Satu bagi kejohanan lumba motor dan kereta formula satu peringkat antarabangsa dan antara litar yang terbaik di dunia. 15. Pusat Membeli Belah GM, Klang · Pusat membeli belah barangan secara borong yang sangat terkenal. 16. Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands (Dalam sempadan Hulu Selangor) · Kebun tanaman buah strawberi yang sangat terkenal dan turut menyajikan pelbagai makanan diperbuat daripada buah strawberi. · Pengunjung boleh memetik sendiri buah tersebut.
· Serta terdapat juga tanaman sayur, ternakanmadu lebah serta kebun cendawan.
17. Hutan Lipur Sungai Chongkak, Hulu Langat · Sebuah resort yang terletak di dalam hutan semulajadi dan mempunyai chalet untuk disewa. · Boleh menjalankan aktiviti seperti hari keluarga serta program perkhemahan juga kem motivasi.
· Mempunyai sungai yang bersih serta sesuai untuk mandi manda dan berkelah bersama keluarga mahupun teman-teman.
18. Jalan Tengku Kelana, Klang (Little India) · Tempat yang amat popular yang menempatkan pelbagai kedai serta gerai yang menjual pelbagai keperluan bagi masyarakat India. · Amat sibuk menjelang perayaan Deepavali.
19. Homestay Selangor · Negeri Selangor mempunyai 15 buah homestay yang berlesen yang menawarkan pengalaman suasana kehidupan kampung yang cantik dan bernilai. 20. Genting Highlands (Dalam sempadan pentadbiran Hulu Selangor)
· Sebuah taman tema yang terletak di tanah tinggi yang terkenal diseluruh duina dan menawarkan pelbagai aktiviti permainan serta membeli-belah.