Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
10) KUTIPAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah dan statistik penerima zakat mengikut pengelasan di kawasan DUN Kajang dari tahun 2010-2013
Bilangan asnaf fakir dan miskin di DUN Kajang bagi tahun 2010-2013 adalah seperti berikut:
BILANGAN KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN DARI TAHUN 2010-2013
TAHUN
BIL. FAKIR & MISKIN (KELUARGA) 2010 1,028 2011 1,132 2012 1,282 2013 1,180 -
Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah kutipan zakat dan jumlah kutipan yang telah diagihkan kepada penerima dari tahun 2010-2013
Jumlah kutipan zakat dan agihan zakat dari tahun 2010-2013 adalah seperti berikut:
JUMLAH KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DARI TAHUN 2010-2013
TAHUN KUTIPAN ZAKAT (RM JUTA) AGIHAN ZAKAT (RM JUTA) 2010 336,674,526 364,946,019 2011 394,103,904 373,465,626 2012 451,325,027 401,717,682 2013 517,305,275 463,472,826 -
Minta kerajaan negeri kemukakan unjuran kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Untuk makluman, LZS tidak menyediakan unjuran kutipan zakat untuk lima tahun akan datang. Sebaliknya, unjuran kutipan zakat dibuat pada setiap tahun. Bagi unjuran untuk tahun 2015, ia masih di dalam peringkat persediaan dan perlu mendapat kelulusan