Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

5) KILANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan kilang-kilang yang telah dikenal pasti sebagai kilang haram

    a) dan b)

    Senarai kilang yang telah dibanci dan dikenalpasti sedang beroperasi tanpa kebenaran di seluruh Negeri Selangor sebanyak 3,291 buah kilang manakala sebanyak 3,291 lot tanah yang terlibat dengan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) dan pecahannya mengikut Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti di Jadual 1.

     

    Jadual 1:

    JUMLAH KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT DAERAH

     

    BIL. DAERAH JUMLAH KILANG
    1 Petaling 1,461
    2 Gombak 77
    3 Klang 732
    4 Hulu Langat 361
    5 Kuala Langat 209
    6 Hulu Selangor 23
    7 Kuala Selangor 167
    8 Sepang 64
    9 Sabak Bernam 6
    JUMLAH KESELURUHAN 3,100

     

    JUMLAH KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT MENGIKUT PBT NEGERI SELANGOR

     

    BIL. PBT JUMLAH KILANG
    1 MBSA 967
    2 MBPJ 462
    3 MPSJ 305
    4 MPAJ 0
    5 MPK 597
    6 MPS 89
    7 MPKj 399
    8 MPSp 55
    9 MDKL 209
    10 MDHS 53
    11 MDKS 149
    12 MDSB 6
      JUMLAH KESELURUHAN 3291

     

  2. Senaraikan kilang-kilang haram dan status setiap satu terhadap pencapaian Program Pemutihan Kilang Haram sepanjang 2010 hingga 2014

  3. Apakah faktor-faktor utama kilang-kilang haram ini tidak berjaya untuk diputihkan?

    Berikut adalah antara faktor utama kilang-kilang haram tersebut tidak berjaya diputihkan, iaitu:

     

    • Pemilik tanah tidak berkemampuan untuk membayar premium tambahan yang terlalu tinggi walaupun telah diberi potongan;

     

    • Pemilik tanah terikat dengan perjanjian sewaan tanah di mana pemilik tanah menyewakan tanah pada kadar yang rendah menyebabkan pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat dan Kebenaran Merancang;

     

    • Pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank kerana tempoh pajakan yang hampir luput dan usia pemilik tanah yang telah lanjut; dan

     

    • Pemilikan tanah yang ramai dan menyebabkan pemilik-pemilik tanah enggan membuat permohonan tukar syarat dan permohonan Kebenaran Merancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.