Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

234) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG AMPANG PECAH (TAMAN DESA BUKIT BUJANG)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status terkini Projek Pembesaran Kampung Ampang Pecah (Taman Desa Bukit Bujang) dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu 96 unit rumah dan infrastruktur yang telah siap 90% supaya ia tidak menjadi satu lagi projek terbengkalai.

    Isu pembangunan 96 unit rumah dan infrastruktur yang tertangguh di Projek Pembesaran Kampung Ampang Pecah (Taman Desa Bukit Bujang)   telah dibentang di Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) dan kerajaan negeri melalui MMKN bil. 13/2013 bertarikh 3 April 2013, bersetuju supaya Majlis Daerah Hulu Selangor menyediakan semula pelan perancangan bagi projek pembesaran kampung tersebut dengan syarat cadangan pembangunan tersebut ditawarkan secara tender dan Tetuan ARK Dev. Sdn. Bhd. kontraktor asal projek ini juga boleh memohon tawaran tender tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.