Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

232) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan skim merakyatkan ekonomi yang masih dijalankan bagi tahun 2013?

    Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor, mulai Mac 2008, satu agenda besar, “Hasil Negeri untuk Rakyat” telah dirangka dan dilaksanakan dengan segera melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Pada permulaan, 7 Agenda Merakyatkan ekonomi telah dilaksanakan. Ia kemudian ditambah berperingkat-peringkat mengikut keperluan agar “Hasil Negeri untuk Rakyat” dapat dipenuhi secara maksimum.

    Berikut merupakan skim merakyatkan ekonomi yang masih dijalankan bagi tahun 2013:

    1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    2. Hadiah anak masuk universiti
    3. Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang
    4. Pusat Tuisyen Rakyat
    5. Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)
    6. Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel)
    7. Pusat Dialisis Rakyat
    8. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
    9. Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)
    10. Skim Mesra Usia Emas
    11. Kemudahan Cuti Tambahan
    12. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3) Pertama
    13. Program Peningkatan Hasil Batuan & Mineral
    14. Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)
    15. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR)
    16. Skim Bantuan Wanita (TUNAS)
  2. Nyatakan skim merakyatkan ekonomi baru yang akan dijalankan bagi tahun 2014?

    Program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” atau MES telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga sekarang. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih meneruskan program-program yang sedia ada yang telah dilancarkan secara berperingkat sejak ianya diperkenalkan. Ini adalah bagi memastikan perlaksanaan program dapat dijalankan dengan efektif dan manfaatnya dapat dinikmati bersama oleh semua golongan dan kaum di Negeri Selangor.

  3. Nyatakan peruntukan baru untuk perkara (b)

    Peruntukan bajet bagi pelaksanaan Agenda Rakyat Selangor ini telah dimasukkan bersekali dalam bajet tahunan di bawah MES dan segala pelan tindakan yang bakal dilaksanakan akan dimasukkan sekali bersama-sama program MES secara berperingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.