Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

218) PEMULIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kilang haram yang telah berjaya dalam proses pemutihan mulai 2008 sehingga kini?

    Sebanyak 945 permohonan kilang haram telah diluluskan untuk tukar syarat tanah kepada industri dalam proses pemutihan dari tahun 2008 sehingga kini dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti dalam jadual berikut :

    Bil Daerah Jumlah lot yang terlibat Permohonan Tukar Syarat Permohonan

    lulus

    1 Sabak Bernam 15 9 6
    2 Kuala Selangor 34 19 12
    3 Klang 434 46 23
    4 Petaling 985 749 679
    5 Hulu Langat 467 152 152
    6 Gombak 44 0 0
    7 Sepang 44 2 1
    8 Hulu Selangor 18 3 2
    9 Kuala Langat 209 87 70
    Jumlah 2250 1067 945
  2. Berapakah peningkatan hasil cukai pintu dan tanah melalui pemutihan kilang- kilang tersebut ?

    Setakat ini, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Daerah tidak merekodkan peningkatan hasil kutipan cukai pintu oleh pihak PBT dan kutipan hasil cukai tanah oleh pihak PTD daripada kilang-kilang haram yang telah diluluskan tukar syarat.

Lampiran

Tiada Lampiran.