Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
206) PERKHIDMATAN ÒFEEDER BUSÓ DI STESEN LRT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan adakah syarat untuk memberi perkhidmatan ÒFeeder BusÓ dimasukkan ke Kebenaran Merancang (KM) bagi stesen LRT.
Tiada sebarang syarat yang digariskan agar perkhidmatan memberi “Feeder Bus” dimasukkan ke Kebenaran Merancang (KM) bagi stesen LRT kerana pihak Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil kira keperluan untuk menyediakan perkhidmatan perantaraan “Feeder Bus” dan teksi antara stesen LRT.
Walau bagaimanapun, laluan awal perkhidmatan perantaraan untuk setiap stesen telah dikaji dan dikenalpasti. Laluan awal ini akan dikemaskini sebelum perkhidmatan LRT bermula untuk mengambilkira pembangunan terkini.
-
Apakah langkah-langkah negeri untuk memastikan Syarikat Prasarana akan memberi perkhidmatan ÒFeeder BusÓ di setiap stesen LRT?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Selangor telah diarah bagi menyediakan Pelan Rancangan Bersepadu Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Justeru itu, pihak JPBD juga telah diminta untuk menyelaras perkhidmatan “Feeder Bus” yang terletak di bawah bidang kuasa pihak SPAD dan MOT. Pihak Prasarana juga telah menyatakan komitmen penuh kepada pihak SPAD dan MOT untuk menyediakan perkhidmatan “Feeder Bus” di setiap stesen LRT.