Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

199) PELARIAN WARGA MYANMAR DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam menangani pelarian warga Myanmar yang pegang kad UN tinggal di Selangor?

    Isu pelarian warga Myanmar di Selangor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Pelarian warga Myanmar yang memegang kad UN adalah di bawah penyeliaan UNHCR yang juga merupakan agensi pelarian UN. UNHCR berperanan melindungi hak pelarian, menggalakkan kesejahteraan mereka dan membantu dalam penyelesaian jangka lama.

  2. Apakah yang patut Kerajaan Negeri buat untuk menangani kadar populasi pelarian warga Myanmar yang semakin meningkat, terutamanya di DUN Teratai?

    Isu pelarian warga Myanmar di Selangor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kaedah penyelesaian jangka lama di bawah UNCHR adalah:i) Penghantaran pulang secara sukarela ii) Integrasi tempatan iii) penempatan semula

    Sebarang aduan bolehlah disalurkan terus kepada wakil UNHCR di Malaysia seperti berikut:-

    Alamat : 570, Jalan Bukit Petaling,

    P.O. Box 10185

    50706 kuala lumpur

    Telefon : 03-2118 4800
    Faks : 03-2118 4800
    E-mel : mlslu@unhcr.org
  3. Berapakah bilangan pelarian warga Myanmar yang pegang kad UN tinggal di DUN Teratai sehingga bulan Mei 2013?

    Berpandukan maklumat yang diperolehi daripada UNCHR, dianggarkan seramai 27,706 warga pelarian Myanmar yang berada di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.