Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

198) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah kutipan Zakat Negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu.

    Jumlah kutipan zakat di Negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu (2008-2012) adalah seperti berikut:

    Jumlah Kutipan Zakat di Negeri Selangor untuk Tempoh Lima Tahun

    Tahun Jumlah (RM)
    2008 244,472,884
    2009 283,787,046
    2010 336,674,526
    2011 394,103,904
    *2012 451,325,027

    *Nota: Data belum audit

  2. Sila nyatakan secara perbandingan jumlah kutipan Zakat Negeri Selangor dengan Negeri-negeri yang lain sejak 5 tahun yang lalu.

    Perbandingan Kutipan Zakat Mengikut Negeri-Negeri Untuk Tempoh Lima Tahun

    Negeri *2012 2011 2010 2009 2008
    Selangor 451,325,027.00 394,103,904.00 336,934,522.00 283,648,722.00 244,409,628.00
    Wilayah

    Persekutuan

    410,382,592.88 348,882,925.85 282,676,073.93 248,803,798.22 211,364,697.68
    Johor 171,939,397.69 137,469,741.18 122,336,032.00 109,231,254.93 100,373,539.79
    Pahang 102875834.89 82689384.43 80,874,869.71 71,868,302.65 57,935,146.89
    Kedah 106,471,950.65 106,084,292.22 76,497,139.51 67,578,342.14 53,202,300.24
    Terengganu 107,076,267.25 88,274,932.37 76,447,878.23 73,524,193.31 66,200,415.14
    Kelantan 113,164,244.70 94,083,475.87 70,373,328.79 66,522,450.31 58,167,095.10
    Perak Tiada maklumat diperolehi 86,113,585.24 69,639,500.87 67,189,291.45 56,962,446.06
    Pulau Pinang 58,210,589.91 49,237,537.61 53,239,132.91 47,952,153.34 41,764,273.00
    Negeri

    Sembilan

    61,367,843.87 54,021,712.78 50,201,121.23 42,275,136.39 37,409,710.68
    Sarawak Tiada maklumat diperolehi 44,126,087.93 39,143,055.60 36,915,094.91 36,099,969.34
    Perlis 78,912,426.00 62,314,430.00 38,091,506.00 25,253,015.10 23,134,583.00
    Melaka 43,512,071.67 37,930,357.61 34,011,770.13 30,721,955.12 26,905,934.29
    Sabah Tiada maklumat diperolehi 33,891,152.97 32,856,749.96 25,388,088.73 23,799,155.06

    *Nota: Data belum audit

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah asnaf yang layak menerima bantuan Zakat daripada Lembaga Zakat Negeri sejak 5 tahun yang lalu dan nyatakan kriteria yang ditetapkan ?

    Bilangan asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 5 tahun yang lalu adalah seperti berikut:

    Bilangan Asnaf Fakir dan Miskin untuk Tempoh Lima Tahun

    Tahun Bil. Asnaf (Keluarga)
    2008 18,635
    2009 21,621
    2010 23,488
    2011 21,630
    2012 26,069

    Kriteria penilaian asnaf fakir dan miskin yang diguna pakai oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah berdasarkan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor. Kriteria asnaf fakir dan miskin adalah seperti berikut:

    Kriteria Asnaf Fakir

    1. Beragama Islam dan menetap di Negeri Selangor.
    2. Mempunyai pekerjaan yang tidak halal dan berusaha mencari pekerjaan yang halal.
    3. Ada pekerjaan atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus had kifayah.
    4. Hilang keupayaan diri untuk bekerja dan menyara kehidupan diri dan/atau tanggungannya.
    5. Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya1.
    6. Tua/uzur/sebatang kara/cacat dan tiada upaya untuk menyara hidup.

    1 Contoh:

    1. Ditinggalkan suami tanpa cerai.
    2. Suami masuk penjara/pusat serenti.
    3. Menunggu keputusan penceraian dari Mahkamah Syariah.
    4. Suami ghaib tanpa memberi nafkah.
    5. Suami tidak bertanggungjawab pada nafkah.
    6. Suami meninggal dunia, sementara menunggu keputusan Amanah Raya.
    7. Diceraikan suami atau tidak menerima nafkah.
    8. Sakit kronik yang memerlukan kos perubatan yang tinggi atau sakit kronik yang berpanjangan.
    9. Cacat atau sakit kronik yang berupaya menyara hidup tetapi tidak mencukupi separuh had kifayah.
    • Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan diri dan tanggungan.

    Kriteria Asnaf Miskin

    1. Beragama Islam dan menetap di Negeri Selangor.
    2. Ada harta tetapi hasil tidak mencukupi.
    3. Mempunyai harta atau pendapatan halal boleh menampung 50 peratus untuk keperluan diri atau keperluan diri dan tanggungan.
    4. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencukupi had kifayah.
    5. Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya. 2
    6. Cacat atau sakit kronik yang berupaya menyara hidup tetapi tidak mencukupi had kifayah.
    7. Ada harta yang boleh menampung keperluan asasi dan boleh dimanfaatkan tetapi tidak mencukupi.

    Namun begitu, selain dua asnaf yang disebutkan di atas, terdapat enam lagi asnaf yang sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran layak menerima bantuan zakat iaitu mualaf, amil, fisabilillah, gharimin, riqab dan ibnu sabil.

    2 Contoh:

    • Ditinggalkan suami tanpa cerai.
    • Suami masuk penjara/pusat serenti.
    • Menunggu keputusan penceraian dari Mahkamah Syariah. iv. Suami ghaib tanpa memberi nafkah.
    • Suami tidak bertanggungjawab pada nafkah.
    • Suami meninggal dunia, sementara menunggu keputusan Amanah Raya. Diceraikan suami atau tidak menerima nafkah.

Lampiran

Tiada Lampiran.