Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
197) PERUNTUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mencuci parit mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
Bagi tahun 2009 hingga 2012, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah RM71,414,950.98 bagi melaksanakan 2,643 projek infrastruktur kecil di luar bandar .
Daripada jumlah ini, sejumlah 1,140 buah projek telah dilaksanakan bagi tujuan membina dan menaiktaraf jalan luar bandar dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 28,808,087.93. Perincian pelaksanaan bilangan projek membina dan menaiktaraf jalan luar bandar mengikut tahun dan daerah adalah seperti JADUAL 1 di bawah:
JADUAL 1:
Perincian Peruntukan Membina dan Menaiktaraf Jalan Luarbandar Mengikut Tahun dan Daerah di Negeri Selangor
Bil Daerah Tahun Jumlah 2009 2010 2011 2012 1. Petaling 375,000.00 408,710.00 709,000.00 2,293,550.00 3,786,260.00 2. Klang 338,000.00 743,644.50 627,849.00 3,991,691.60 5,701,185.10 3. Gombak 130,000.00 801,000.00 310,000.00 886,337.96 2,127,337.96 4. Hulu Langat
230,353.50 343,056.00 288,989.27 2,256,400.00 3,118,798.77 5. Sepang 160,000.00 411,500.00 427,300.00 1,173,200.00 2,172,000.00 6. Kuala Langat
100,000.00 510,000.00 395,000.00 715,900.00 1,720,900.00 7. Kuala Selangor
210,000.00 451,189.70 706,353.55 2,240,585.00 3,608,128.25 8. Hulu Selangor
40,000.00 500,000.00 424,000.00 821,759.35 1,785,759.35 9. Sabak Bernam
258,680.00 971,556.00 964,535.00 2,592,947.50 4,787,718.50 Jumlah 1,842,033.50 5,140,656.20 4,853,026.82 16,972,371.41 28,808,087.93 -
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menurap Jalan Kampung mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bersedia untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah tahap yang lebih tinggi setiap tahun. Bagi meningkatkan lagi pertumbuhan dan pembangunan kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan Negeri telahpun menyusun pelbagai perancangan dan strategi dalam melestarikan aspek pembangunan yang terbaik. Pelbagai usaha pembangunan khususnya bagi pembangunan luar bandar antaranya dalam membina dan menaiktaraf kemudahan kalan luarbandar akan terus dilaksanakan demi menjamin pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.
Dalam hal ini lazimnya, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sejumlah peruntukan khusus bagi tujuan membina serta menaiktaraf kemudahan jalan luar bandar kepada setiap daerah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan tahunan secara menyeluruh kepada semua sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Melalui peruntukan ini, permohonan boleh dikemukakan oleh Pejabat Daerah kepada pihak Kerajaan Negeri berdasarkan keperluan dan juga tahap kritikal sesuatu kawasan.