Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

196) LESEN PERNIAGAAN TERHADAP KLIA, LCCT, KLIA2 DAN PEMILIK- PEMILIK KONSESI TOL LEBUHRAYA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan mengenakan cukai pintu dan lesen perniagaan terhadap premis perniagaan dan tred yang dijalankan di KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik- pemilik konsesi tol lebuhraya?

    Pihak MPSepang telah melesenkan premis-premis bagi aktiviti perniagaan dan tred bermula pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, pihak MPSepang tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi konsesi tol lebuhraya.

    Pihak Majlis telah mengenakan cukai taksiran ke atas semua bangunan – bangunan di dalam kawasan 10km x 10km KLIA Sepang iaitu sebanyak 28 unit.

    Bagi bangunan – bangunan milik Kerajaan Persekutuan juga turut dikenakan caruman membantu kadar (CMK). Jumlah CMK yang disumbang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM511,896.67 untuk 7 unit bangunan.

    Manakala, 4 unit bangunan – bangunan milik pemegang konsesi lebuhraya juga telah dikenakan cukai bagi taksiran. Jumlah keseluruhan kenaan cukai bagi KLIA dan pemegang konsesi lebuhraya adalah sebanyak RM11,278,823.01 setahun.

  2. Jika ya, mengapakah ini tidak dilakukan pada masa dahulu dan hanya dilakukan pada masa sekarang?

    Cukai pintu dan lesen perniagaan telah dikuatkuasakan oleh MPSepang di KLIA, LCCT, KLIA2 sejak bangunan – bangunan ini siap dibina dan mendapat CFO mengikut peraturan/ undang – undang sedia ada. Cukai taksiran dan lesen perniagaan telah mula dikenakan di KLIA sejak 1998 dan seterusnya berperingkat – peringkat mengikut tarikh bangunan – bangunan ini siap dan operasi perniagaan dimulakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.