Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

189) KAWALAN ANJING / KUCING LIAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa ekor anjing dan kucing liar yang telah ditangkap oleh 12 PBT sepanjang tahun 2012.

    Berikut adalah jumlah tangkapan anjing dan kucing sepanjang tahun 2012 bagi setiap PBT di Negeri Selangor.

    PBT Jumlah Tangkapan Anjing Jumlah Tangkapan Kucing
    MBSA 1003 240
    MBPJ 120 88
    MPK 5,624 327
    MPAJ 1205
    MPSJ 1307 246
    MPKJ 128
    MPS 2010 237
    MPSP 789 30
    MDKL 1,176 59
    MDKS Tiada Maklumat
    MDHS Tiada Maklumat
    MDSB 30
    JUMLAH 13,392 1,227
  2. Adakah negeri merancang untuk mengadakan satu tapak khas untuk simpanan sementara anjing / kucing liar yang ditangkap oleh PBT?

    Kerajaan negeri melalui beberapa PBT telahpun mempunyai tapak khas untuk simpanan sementara anjing dan kucing yang di tangkap. Pusat simpanan ini beroperasi dan dikendalikan oleh PBT. Walau bagaimanapun, terdapat PBT yang tidak mempunyai tempat kurungan khas di mana haiwan tersebut di hantar ke NGO seperti ‘Paws Animal Welfare Society’ (PAWS). Jadual berikut adalah lokasi tempat simpanan haiwan di PBT:

    PBT LOKASI PUSAT SIMPANAN HAIWAN
    MBSA Sedang mengenalpasti tapak cadangan
    MBPJ Hantar ke PAWS
    MPK Lot      1,     Lebuh     Sultan     Mohamed     1,     Kawasan

    Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman

    MPKJ Tapak Semaian Landskap, Bangi
    MPAJ Tiada tempat simpanan khas menggunakan khidmat kontraktor yang dilantik
    MPSJ Pusat Kurungan Haiwan MPSJ di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong.
    MPS Klinik Kembiri di Pusat Intergrated Rawang.
    MPSP Jalan Besar, Batu 1, Sepang Selangor
    MDKL Stor Telok Datok
    MDSB Tiada tempat simpanan khas menggunakan sangkar untuk menangkap dan akan melupuskan sekiranya

    pemilik haiwan tidak menuntut haiwan tersebut

  3. Sila nyatakan kaedah tangkapan anjing / kucing yang digunapakai oleh setiap PBT.

    Terdapat pelbagai kaedah yang digunapakai oleh PBT untuk menangkap anjing dan kucing liar. Di antara kaedah tersebut adalah seperti berikut:

    KAEDAH TANGKAPAN ANJING KAEDAH TANGKAPAN KUCING
    i.          Menggunakan kaedah

    sumpitan pelali ( xylazine ) yang disumpit menggunakan blow pipe

    ii.        Penggunaan tali penjerut pada pole

    iii.       Pemasangan perangkap v.  Pemasangan umpan

    i. Penangkapan secara terus ke atas kucing menggunakan jaring atau tangan ii. Pemasangan umpan

Lampiran

Tiada Lampiran.