Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

185) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah semua perjanjian di antara KSSB dan kontraktor sedia diakses oleh orang awam?

    Surat tawaran kontrak/perjanjian di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor lantikan KSSB buat pada masa ini tidak boleh diakses oleh orang awam. Terdapat terma-terma yang merupakan maklumat terpilih (privilege information) di antara KSSB dan kontraktor.

    Namun, sekiranya maklumat berkenaan diperlukan oleh pihak berkuasa, ianya boleh diperolehi secara terus dari KSSB.

  2. Adakah KSSB menerbitkan laporan kewangan tahunan? Kalau ya, di mana?

    Buat pada masa ini KSSB tidak menerbitkan Laporan Tahunan untuk edaran umum. Namun, sepertimana yang disyaratkan oleh undang-undang, KSSB menyediakan Laporan Akaun Beraudit setiap tahun kewangan yang mana ianya difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maklumat berkenaan prestasi kewangan KSSB boleh diperolehi oleh umum dengan membuat semakan dengan SSM.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.