Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

169) KELULUSAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan nisbah plot melebihi yang dibenarkan oleh Rancangan Tempatan tau Piawaian Perancangan sejak 2008?

    Tiada kelulusan Kebenaran Merancang diberikan kepada permohonan yang tidak mematuhi nisbah plot dibenarkan di dalam kedua-dua Rancangan Tempatan di Petaling Jaya iaitu Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kelulusan tersebut?

    Tidak berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.