Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
166) KITAR SEMULA BAHAN BUANGAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana bahan buangan tersebut boleh dimanfaatkan melalui Program Kitar Semula ÒWaste to WealthÓ, mengurangkan sampah dan pada masa yang sama memberi pendapatan kepada penduduk?
Masalah sampah di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dalam keadaan terkawal berikutan jumlah aduan yang semakin berkurangan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap mengambil berat masalah ini dengan melaksanakan pelbagai kempen seperti kempen kitar semula bahan buangan “Waste to Wealth”. PBT telah melaksanakan beberapa program kitar semula
seperti:-
- Program Penyediaan Fasiliti Pusat Kitar Semula
Menggunakan konsep ‘buy back’ iaitu setiap penghantaran barangan kitar semula ke semua pusat kitar semula akan menerima insentif wang ringgit secara terus daripada pihak operator.
- Program Kitar Semula Minyak Masak
Program ini disertai oleh pengusaha premis makanan dan medan selera awam. Setiap peserta yang menyertai program ini akan diberikan insentif wang ringgit (mengikut kuantiti minyak masak terpakai yang dikumpulkan) setiap kali kutipan dilakukan oleh kontraktor.
- Program Kompos Komuniti
Melalui program ini, PBT akan memberikan tong kompos percuma dan setiap peserta turut diajar kaedah melakukan pengkomposan untuk dilaksanakan di rumah masing-masing. Manfaat yang diperoleh peserta ialah baja kompos percuma hasil daripada aktiviti pengkomposan sisa organik yang mereka lakukan.