Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

162) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri melalui PBT bercadang untuk menerokai teknologi baru pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan mesra alam ?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah dengan menerokai beberapa teknologi baru seperti loji “Material Recovery Facility” (MRF), loji pengkomposan, loji “Waste to Energy” dan seumpamanya. Kerajaan Negeri juga sedang meneliti cadangan untuk memulih tapak pelupusan secara terbuka kepada tapak pelupusan sanitari dan tapak pelupusan lengai yang baru. Di samping itu juga kempen-kempen untuk menggalakkan kitar semula juga giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk mengurangkan kadar sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.