Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
159) TANAH YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah lapangan terbang ini ÒBernam River AirfieldÓ masih beroperasi dan apakah faedahnya terhadap Kerajaan Negeri?
Pada tahun 2007 Yayasan Selangor telah memasuki perjanjian usahasama dengan Aviation Development Corporation ( ADC) untuk pembangunan termasuk pembinaan Bernam River Airfield . Namun pihak ADC gagal menyiapkan keseluruhan projek tersebut tetapi hanya menyiapkan Airfield sahaja. Secara keseluruhan projek ini gagal disiapkan dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan tetapi masih beroperasi diatas tanah berstatus pertanian.
Oleh itu pihak Yayasan Selangor telah membatalkan perjanjian bersama Aviation Development Corporation ( ADC) ini pada 2010 atas dasar kegagalan pihak ADC memauti terma dan syarat perjanjian malahan gagal mendapat kelulusan pembangunan dari pihak Majlis Daerah Hulu Selangor. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan masih belum diputuskan oleh mahkamah . Buat masa ini status perjanjian kekal status quo sehingga keputusan perbicaraan penuh ditentukan
oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30hb Ogos 2013
-
Kerjasama antara Yayasan Selangor dan ÒSyarikat Aviation Development Sdn BhdÓ telah lari dari matlamat asal, apakah bentuk tindakan yang telah diambil?
Sama seperti di SUB(a)