Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
149) PENYELENGGARAAN TASIK-TASIK DI KAWASAN KEDIAMAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah tasik di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Jumlah tasik di kawasan MPSJ adalah sebanyak 9 iaitu :-
- Tasik Subang Ria
- Tasik Puchong Perdana
- Tasik Wawasan
- Tasik Sri Aman
- Tasik Sri Serdang
- Tasik Belakang IOI
- Tasik Mutiara Puchong – Tasik Prima
-
Terdapat banyak aduan yang diterima daripada penduduk setempat mengenai pencemaran tasik. Sila nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap masalah penyelenggaraan tersebut?
- Pencemaran tasik berlaku disebabkan oleh 2 perkara iaitu kemasukan sampah dan kemasukan bahan/cecair mengganggu ke dalam badan air.
- Sekiranya pencemaran berlaku disebabkan oleh sampah pihak MPSJ akan mengenal pasti saliran kemasukan air (inlet) ke tasik dan menyekat segala sampah-sarap. Pihak kontraktor pembersihan di tasik akan diarahkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan di sekitar tasik dan dalam tasik.
- Bagi pencemaran tasik yang disebabkan kemasukkan bahan/cecair mengganggu, tindakan berikut akan dilakukan:-
- Membuat siasatan mengenai punca pencemaran.
- Mengenalpasti dari mana punca pencemaran tersebut.
- Bekerjasama dengan JAS Selangor untuk melakukan siasatan.
- Meminta JAS Selangor mengambil bacaan kualiti air tasik tersebut.
- Menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran.
-
Sila nyatakan apakah dasar negeri terhadap penyelenggaraan bekas tasik lombong (Ex-Mining Pond).