Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
139) KESELAMATAN AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan ÒPolis KomunitiÓ?
Pelaksanaan Pasukan Keselamatan Kejiranan atau ‘Community Policing’ adalah baru dilaksanakan bermula pada bulan April 2013. Pasukan ini diwujudkan di semua Kampung Tradisi, Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan Komuniti India di Negeri Selangor yang dipantau oleh Pejabat Daerah/Tanah mengikut kawasan masing-masing. Sebagai langkah awal, setiap kampung diberikan peruntukan sebanyak RM5,000.00 setahun bagi pelaksanaan program ini. Objektif utama penubuhan Pasukan Keselamatan Kejiranan (Community Policing) di peringkat kampung ini adalah bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar di Negeri Selangor.
Di samping itu, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga telah melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) yang ditubuhkan di peringkat Resident Association (RA) dan Rukun Tetangga (RT). Pihak MBPJ telah memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 bagi 70 PKKPJ yang telah mendapat kelulusan pada tahun 2013.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh menggerakkan penguatkuasa PBT bagi menjaga keselamatan kejiranan?
Kerajaan Negeri melalui PBT telah menggerakkan penguatkuasa PBT untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk melakukan rondaan bersama bagi menjaga keselamatan kawasan kejiranan.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi program pemasangan CCTV di PBT seluruh Selangor?
Kerajaan Negeri adalah dalam proses memasang sebanyak 414 CCTV di kawasan PBT seluruh Selangor dan pemasangannya dijangka siap dan akan digunakan sepenuhnya pada Oktober 2013. Jumlah CCTV yang dipasang oleh Kerajaan Negeri adalah lebih banyak dibandingkan dengan jumlah pemasangan CCTV oleh KPKT di 9 negeri yang melibatkan 25 PBT iaitu sejumlah 496 CCTV. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang merangka dasar untuk melibatkan pihak swasta bagi memasang CCTV di luar premis perniagaan mereka.