Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
133) MASALAH SAMPAH KEBUN DAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah baru yang dirancang untuk mengatasi masalah kutipan sampah kebun dan sampah pukal di kawasan bandar?
Antara langkah baru yang telah dijalankan di kawasan bandar adalah seperti:-
- Menambah jadual kutipan sampah kebun dari dua (2) kali kepada lapan (8) kali dan sampah pukal 12 kali sebulan; ii. Menyediakan pasukan “Wood Chipper”;
- Menubuhkan unit “Task Force” atau unit “Flying Squad”;
- Menyediakan tapak pembuangan sampah serta tong RORO di kawasan pasar dan pembinaan; dan
- Mengarahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja kutipan sampah kebun atau pukal pada hari-hari tertentu.
-
Apakah statistik penguatkuasaan terhadap kejadian pembuangan sampah haram mengikut kawasan?
STATISTIK PENGUATKUASAAN TERHADAP KEJADIAN PEMBUANGAN
SAMPAH HARAM
PBT TAHUN 2012 SEHINGGA MEI 2013 MBSA 129 43 MBPJ 95 18 MPSJ 26 50 MPKj 169 32 MPS 9 1 MPK 391 595 MPAJ 156 73 MPSp 21 15 MDKS 360 220 MDSB 12 3 MDHS 13 9 MDKL 48 27 JUMLAH 1,429 1,086 ***sumber: Semua PBT, Negeri Selangor