Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

132) KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah sumbangan industri pertanian terhadap ekonomi negeri hari ini?

    Sumbangan Industri pertanian terhadap ekonomi negeri hari ini adalah dari segi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian bagi memenuhi keperluan makanan rakyat negeri Selangor. Berikut adalah data pengeluaran hasil tahun 2012 berbanding tahun 2011 serta purata peratus sara diri bagi Negeri Selangor.

    Kategori Projek Bil

    Peserta

    Luas

    Bertanam

    (ha)

    Luas

    Berhasil

    (ha)

    Pengeluaran Nilai

    Pengeluaran

    (RM)

     
    tan Bil.
    Projek

    Kelompok

    19,399 33,419.77 33,298.28 209,952.00 961,111 277,493,472.68  
    TKPM 352 1,903.56 1,817.57 28,181.86 748,702 31,042,539.44  
    Usahawan 430 733.62 717.70 10,409.59 246,215 17,916,991.99  
    Tanah Terbiar 5 6 6 16.00 0 46,000.00  
    Jumlah (2012) 20,186 36,062.95 35,839.55 248,559.44 1,956,028 326,499,004.11  
    Jumlah (2011) 16,128 28,104.54 27,627.14 196,863.94 2,182,192 255,626,770.61  
    Bil Komoditi Penggunaa n Per

    Kapita

    (kg/orang/ tahun)

    Penggunaan

    Penduduk Selangor

    (tan/tahun)

    Pengeluaran

    Selangor (tan/ tahun)

    % Sara Diri

    Negeri (SSL)

    i. Beras 79.1 422,825 133,956.00 31.68
    ii. Buah 93.4 499,265 73,880.43 14.80
    iii. Sayur 56.2 300,414 77,185.74 25.69
    iv. Kelapa 18.8 100,494 100,517.00 100.02
    Purata Peratus Sara Diri Negeri 43.05

    *Penduduk Selangor 2010 adalah seramai 5,345,454 (Sumber: Banci penduduk dan perumahan Malaysia, 2010)

  2. Apakah kejayaan-kejayaan industri sektor pertanian Selangor sejak lima tahun lalu?

    Kejayaan-kejayaan industri sektor pertanian Selangor sejak lima tahun lalu adalah:

    Pada tahun 2012, Negeri Selangor telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor pertanian dimana sektor ini berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang merangkumi tanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah ratus, florikultur, tanaman ladang, tanaman industri serta produk-produk hiliran berasaskan pertanian dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM326.5 juta.

    Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Negeri Selangor (TKPM) merupakan projek yang mencatatkan pengeluaran hasil dan pendapatan tertinggi berbanding TKPM lain di Malaysia pada tahun 2012 iaitu 26 ribu metrik tan dengan nilai RM31 Juta

    Jelapang padi Negeri Selangor turut mencatatkan purata hasil tertinggi berbanding jelapang padi negeri lain iaitu 6.1 Mtan per hektar pada tahun 2012 Jadual : Pencapai TKPM Semenanjung Malaysia Tahun 2012

    Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka N. Sembilan P. Pinang Pahang Perak Selangor Terengganu
    Pengeluaran (mt) 2,006 516.5 1,100.6 561.3 1,350.9 869.9 9,131.7 9,140.3 26,153.8 4,627.7
    Nilai (RM) Juta 2.15 0.74 2.24 0.88 2.78 1.00 15.22 10.73 31.00 7.11
    %

    Sumbangan

    Nilai

    Pengeluaran

    (RM) TKPM

    Malaysia

    2.8 0.99 2.99 1.2 3.7 1.3 20.3 14.3 42.7 9.5

    Jadual: Pencapaian Purata Pengeluaran Hasil Padi Malaysia Tahun 2009-2012

    NEGERI HASIL (MTAN/HA)
    M1/20 09 M2/20 09 M1/20 10 M2/20 10 M1/20 11 M2/20 11 M1/20 12
    Johor 3.48 4.08 3.93 3.76 3.84 3.76 4.10
    Kedah 4.37 4.27 3.92 3.92 4.26 3.88 4.33
    Kelantan 3.59 3.51 3.69 3.92 3.98 3.74 3.65
    Melaka 1.64 3.83 2.13 2.61 3.15 3.64 3.41
    N.Sembilan 3.64 3.74 3.48 4.61 3.15 3.25 4.14
    Pahang 3.12 4.68 2.30 4.48 3.04 3.54 3.35
    Perak 3.96 3.70 3.44 3.80 4.25 3.63 4.56
    Perlis 4.65 4.40 4.24 4.33 4.60 4.34 5.00
    P.Pinang 5.30 5.11 5.72 5.42 5.81 5.50 5.74
    Selangor 5.41 5.47 5.52 5.71 6.05 5.76 6.15
    Terengganu 4.10 4.23 4.25 4.45 4.24 4.46 4.14
    Sem.

    Malaysia

    4.31 4.20 4.04 4.17 4.43 4.09 4.57
    Sabah 3.56 3.32 4.22 3.33 2.87 3.28 2.95
    Sarawak 1.77 2.44 3.09 2.80 1.49 3.11 1.84
    MALAYSIA 4.28 3.85 4.04 3.87 4.36 3.86 4.49
  3. Apakah langkah untuk memacu industri ini ke peringkat lebih tinggi?

    Langkah untuk memacu industri ini ke peringkat lebih tinggi adalah memberi tumpuan kepada:

    Pengeluaran Makanan; Tanaman Padi, Sayur-sayuran, dan Buah-buahan

    Sebagai Negeri Industri dan hampir 80% adalah kawasan bandar, Selangor akan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan  terutamanya bagi tanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan kelapa. Teknologi moden, tepat dan sesuai dengan pengeluaran produk tertentu akan digunakan bagi menjaga penjadualan pengeluaran dan kualiti hasil pertanian.

    Sistem fertigasi adalah sesuai bagi tanaman buah-buahan seperti melon dan sayur-sayuran bernilai tinggi. Walaupun teknologi pengeluaran ini memerlukan modal yang tinggi, namun ianya  sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan pengguna dapat mengawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

    Penerokaan terhadap teknologi ‘Natural Farming’ dalam penanaman sayursayuran dan padi membantu menghasilkan produk-produk pertanian yang selamat dan mesra alam akibat penggunaan racun dan baja kimia yang minima dan berhemah. Penggunaan bahan ‘Natural Farming menggantikan racun dan baja kimia yang mahal dapat membantu mengurangkan kos operasi petani.

    Penggunaan mekanisasi yang sesuai dan tepat dalam penanaman padi terutamanya dalam kerja-kerja penyediaan tanah seperti penggunaan implement yang betul dalam pembajakan dan perataan. Mekanisasi perlu diberi tumpuan yang serius memandangkan aktiviti ini telah lama diamalkan tetapi masih tidak menepati syor dan teknologi terkini sehingga mengakibatkan penapakan benih padi masih belum mencapai kepadatan tanaman yang dikehendaki.

    Pengenalan kepada sistem tanaman berbilang dikawasan kelapa dimana penanam kelapa digalakkan untuk menanam tanaman selingan seperti koko, nanas dan kopi bagi menggantikan tanaman selingan pisang yang telah dilanda wabak moko. Dengan ini dapat memaksimumkan penggunaan tanah serta memberi pendapatan sampingan kepada petani tersebut.

    Pemasaran Hasil dan Tambah Nilai Produk Pertanian

    Penglibatan pihak swasta seperti Syarikat Kerajaan Negeri dalam memacu pemasaran produk-produk pertanian dan  mengukuhkan rantaian bekalan makanan di Selangor. Penglibatan syarikat–syarikat ini sebagai ‘Anchor company’ dapat membimbing usahawan dalam mengurus perniagaan dan memasarkan hasil-hasil segar dan produk-produk  yang diproses dan diberi nilai tambah

    Berikutan populasi rakyat di negara kita yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap hasil dan produk pertanian semakin tinggi. Peluang ini perlu diambil sebaiknya oleh golongan usahawan tani dan syarikat-syarikat ini untuk bekerjasama dan mendapat manfaat yang lumayan darinya. Justeru itu luang pasaran perlu dilihat selain daripada saluran konvensional, melalui orang tengah dan pemborong ia itu melibatkan petani atau usahawan Industri asas tani (IAT) menjual terus ke pasaraya dan pengguna akhir secara kontrak.

    Produk-produk makanan hasil dari ladang akan diberi nilai tambah melalui gredding, pembungkusan dan pemprosesan minima, manakala produk  IAT akan diberi penjenamaan dan pembungkusan yang lebih menarik supaya dapat menawan pengguna kelas menengah dan tinggi.

    Pembangunan Modal Insan

    Dalam usaha melahirkan usahawan yang berjaya di bawah bimbingan Jabatan Pertanian akan memberi penekanan kepada Pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing dan berkualiti. Peningkatan kemahiran & kepakaran usahawan pertanian dan industri asas tani melalui  latihan, seminar dan bengkel meliputi bidang kemahiran keusahawanan, perakaunan, teknologi moden dan terkini serta penekanan kepada pembinaan modal insan yang bermotivasi dan berintegriti. Program ini akan mensasarkan latihan dan capacity building di kalangan pegawai pembimbing dan juga usahawan-usahawan yang akan melalui proses saringan awal.

    Selain itu, program ini juga memberi pengiktirafan khusus kepada pemimpin tempatan yang memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan individu dan komuniti. Oleh kerana itu latihan juga akan diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa komuniti di kawasan tumpuan dengan penekanan kepada kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir dan juga pendedahan kepada konsep Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset (Asset-Based Community Development (ABCD). Konsep ini penting dalam usaha pembangunan lestari di mana penghakupayaan dapat berlaku dengan penglibatan aktif pemimpin dan penduduk menggunakan aset setempat secara optimum.

    Pensijilan Kualiti

    Pengguna pada masa kini di Malaysia dan seluruh dunia didapati semakin peka kepada kesihatan dan keselamatan makanan. Permintaan terhadap produk makanan yang bebas dari bahan kimia merbahaya serta mesra alam semakin meningkat. Atas kesedaran itu, kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk mempromosi pertanian lestari untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara dan kesihatan pengguna terjamin.

    Pensijilan Amalan Ladang Baik (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM) adalah salah satu usaha untuk memastikan pengeluaran makanan yang mengamalkan amalan pertanian yang baik dan menggunakan bahan kimia secara terkawal dan minima. Ladang-ladang yang berjaya melalui proses pemeriksaan ladang yang berkala akan diberi sijil SALM dan SOM serta disahkan telah mengamalkan amalan baik pertanian (GAP) dan menghasilkan produk organik.

    Target Kerajaan Negeri adalah untuk meningkatkan jumlah penerima sijil SALM dan SOM supaya lebih banyak produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dapat dinikmati oleh rakyat Selangor. Kerajaan negeri juga ingin meningkatkan kesedaran dan mendidik pengguna memberi nilai pasaran yang tinggi bagi produk-produk premium ini supaya mendapat faedah dalam jangka masa panjang dari segi kesihatan. Usaha-usaha ini akan melibatkan pihak-pihak NGO yang berkaitan seperti persatuan pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.