Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
130) PENUKARAN SYARAT GUNA TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan telah diterima dari pihak-pihak berkenaan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam dari 2008 sehingga 2013?
Sebanyak 16 permohonan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam telah diterima dari tahun 2008 sehingga 2013 dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti jadual berikut :
DAERAH JUMLAH PERMOHONAN Hulu Selangor 1 Hulu Langat 1 Kuala Selangor 1 Kuala Langat 2 Sabak Bernam – Petaling – Gombak 8 Klang 3 Sepang – JUMLAH 16 -
Berapakah jumlah permohonan telah diluluskan dalam tempoh yang sama dan adakah premium untuk penukaran syarat tanah dikecualikan?
Sebanyak 9 permohonan telah diluluskan dari tahun 2008 sehingga 2013. Tiada pengecualian bagi bayaran premium untuk penukaran syarat tanah dan premium yang dikenakan adalah pada kadar nominal RM1,000.00/selot mengikut Kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005).
DAERAH BILANGAN DILULUSKAN Hulu Selangor 1 Hulu Langat – Kuala Selangor – Kuala Langat 1 Sabak Bernam – Petaling – Gombak 7 Klang 0 Sepang – JUMLAH 9 -
Apakah sebab-sebab utama yang menyebabkan sesuatu permohonan itu tidak berjaya?
Antara sebab utama tukar syarat tanah kepada rumah ibadat bukan Islam tidak diluluskan adalah kerana permohonan tersebut tidak selaras dengan ‘zoning’ yang telah ditetapkan di dalam RT (Rancangan Tempatan) Pihak Berkuasa Tempatan.