Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
110) BANTUAN KEPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi kemiskinan desa dan kemiskinan Bandar yang semakin meningkat, seterusnya menimbulkan banyak masalah-masalah sosial lain?
Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membasmi kemiskinan fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari. Masalahmasalah sosial sering kali dikaitkan dengan golongan belia yang menghadapi masalah keciciran di bidang akademik atau tersepit di arus pembangunan. Dengan wujudnya Program Kemahiran Teknikal oleh Kerajaan Negeri, mereka berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran sekali gus dalam mengurangkan masalah sosial.
-
Bagaimana dapat dilaksanakan Sistem Pemberian Kupon Barangan Asas bagi meringankan bebanan golongan miskin tersebut?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melaksanakan Sistem Pemberian Kupon Barangan Asas kepada golongan miskin. Ini berdasarkan prinsip Kerajaan Negeri yang mahu melihat golongan ini lebih berdikari dan tidak hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan sepenuhnya. Landasan daripada itu, wujudnya program-program peningkatan pendapatan seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Bantuan Niaga, Program Mikrokredit, Pakej Mimbar dan juga program-program yang ditawarkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Walau bagaimana pun, pemberian hamper atau sumbangan ada dilaksanakan semasa perayaan-perayaan tertentu. Program ini bertujuan supaya dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan miskin dan mewujudkan kemeriahan dalam menyambut perayaan.