Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

108) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah program keusahawanan dan bilangan dilatih dari 2008 hingga kini?

    Jumlah program keusahawanan yang telah dilaksanakan disepanjang tempoh

    2010 hingga 2012 adalah seperti berikut:-

    BIL PROGRAM 2008 2009 2010 2011 2012
    1. Dana Industri Kampung Rujukan berpandukan

    SKT anggaran perbelanjaan

    tahunan telah dibuat tetapi

    tiada maklumat diperolehi

    90 89 99
    2. Satu Kampung Satu Produk 37 7 15
    3. Kursus Dan Motivasi Penerima Dana 1 6 1
    4. Promosi Produk Usahawan di bawah SPPKS dan Dana Industri Kampung 15 10 3
    5. Kursus Keusahawanan 15 3 9
    6. Pemantauan Dana Industri Kecil 9 9 9
    7. Selangor Ria/ Agrofest 1 1 1

    *SPPKS = SKIM PINJAMAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA

    Bilangan usahawan / bakal usahawan yang telah dilatih di sepanjang program di atas dilaksanakan adalah seperti berikut :-

    BIL PROGRAM 2008 2009 2010 2011 2012 JUMLAH
    1 Seminar Usahawan
    i) Peringkat Daerah         990 990
    ii) Peringkat PBT   951     2570 3521
    iii) Kontraktor         750 750
    iv) Siswazah (UNISEL)   115     490 605
    v) PKNS   112       112
    vi) Belia   185       185
    2 Kursus Asas Keusahawanan
    i) Penerima Dana IKS 144 93 90 89 99 515
    ii) Pelajar (INPENS & UNISEL)       30 60 90
    3 Kursus Rancangan Perniagaan (Pelajar INPENS & UNISEL)       30 80 110
    4 Kursus Usahawan Siswazah (Pelajar INSPENS & UNISEL)         80 80
    5 Kursus Ternakan Air Tawar (Peserta PKPS)         92 92
    6 Kursus “Train of Trainers”     70 151 37 258
    7 Seminar Menimba Khazanah Pengalaman Bisnes       82   82
    8 Kursus Teknik Pembungkusan Berkualiti (INSKEN) / SIRIM       20 15 35
    9 Program “Go Halal”       37   37
    10 Program Usahawan Automatif       18   18
    11 Kursus dan Latihan Teknologi

    Rekabentuk Pembungkusan dan

    Pelabelan

    46         46
    12 Kursus Kepentingan Sistem

    Amalan Pengilang Yang Baik

    (GMP) dan Kepentingan

    Persijilan Halal

    30         30
    13 Seminar Halalan Toyyiban       150   150
      Jumlah 220 1456 160 607 5263 7706
  2. Apakah ukuran untuk memastikan kejayaan program bimbingan ini?

    Latihan yang diberikan adalah di dalam bentuk ceramah dan kursus. Sehubungan dengan itu, kejayaan sesuatu latihan itu dinilai berpandukan jumlah penyertaan dan kehadiran.

    Bagi program-program yang tidak melibatkan latihan seperti Dana Industri Kampung, Promosi Produk Usahawan, lawatan ke premis perusahaan akan dijalankan sekali setahun. Hasil daripada lawatan dan temuduga yang dijalankan semasa lawatan, majoriti penerima bantuan (dana) dan peserta berpuas hati dan mengesahkan terdapat peningkatan pendapatan sebanyak 30% – 40%. Walaubagaimanapun, rekod dalam bentuk dokumen bagi peningkatan ini tidak dapat dikemukakan oleh penerima bantuan (dana) dan peserta kerana perusahaan mereka merupakan perusahaan industri kampung (secara kampung) dan tidak mempunyai buku aliran tunai dan penyata bank.

Lampiran

Tiada Lampiran.