Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
107) CYBER CAFE
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan penguatkuasaan secara berterusan untuk memastikan pusat kafe siber mematuhi peraturan dan syarat lesen. Premis kafe siber yang tidak berlesen terutama yang melibatkan aktiviti perjudian akan dikenakan tindakan tegas termasuk tindakan sitaan dan penutupan premis.
-
Sejauh mana keberkesanan terhadap tindakan yang diambil
Keberkesanan terhadap tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah premis yang berlesen yang tidak mematuhi peraturan dan syarat lesen akan dibatalkan lesen mereka. Manakala bagi premis yang tidak berlesen akan dikenakan kompaun. Secara tidak langsung Pengwujudan premis yang tidak berlesen ini dapat dikurangkan dan seterusnya masalah gejala sosial dapat dikawal.
-
Terdapat juga pusat ini telah diambil tindakan tetapi terus beroperasi, apakah masalahnya?
Premis yang telah diambil tindakan namun ianya masih terus beroperasi kerana aktiviti yang dijalankan oleh premis-premis yang tidak berlesen ini mampu memberi pulangan yang menguntungkan. Meskipun ianya berisiko tinggi dan sering menghadapi tindakan sitaan, pemilik premis masih mampu untuk membayar kompaun atau denda. Barang sitaan yang disita oleh PBT boleh diambil semula apabila kompaun telah diselesaikan selaras dengan Undangundang Kecil PBT.