Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

96) MANIFESTO PROGRAM RAKYAT MISKIN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status pelaksanaan manifesto ini?

    Status Manifesto Pakatan Selangor semasa PRU-12 adalah sedang dalam pelaksanaan di mana program-program yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Veterinar adalah program yang berterusan di bawah Program Pembangunan Ekonomi Nelayan,Petani dan Penternak.

  2. Berapakah bilangan mereka yang telah mendapat manfaat?

    Berbagai program telah dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Ekonomi Nelayan, Petani dan Penternak seperti berikut :-

    Antara Program Yang dijalankan untuk menambah pendapatan petani adalah Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset menjadi fokus utama Kerajaan Negeri pada tahun ini.. Konsep ini penting dalam usaha pembangunan lestari di mana penghakupayaan dapat berlaku dengan penglibatan aktif pemimpin dan penduduk menggunakan aset setempat secara optimum.

    Program ini memberi pengiktirafan khusus kepada pemimpin tempatan yang memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan individu dan komuniti di kawasannya. Ia juga merupakan salah satu strategi kearah peningkatan hasil padi. Oleh kerana itu beberapa siri latihan telah diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa komuniti di kawasan tumpuan dengan penekanan kepada kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir dan juga pendedahan kepada konsep Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset (Asset-Based Community Development (ABCD).

    Melalui program ini, seramai 429 petani telah menanam padi menggunakan kaedah ini dan melibatkan keluasan 647 hektar. Penggunaan kaedah ini dapat mengurangkan kos pesawah sehingga 40% berbanding kos menggunakan kaedah penanaman secara konvensional dan pesawah terlibat berjaya meningkatkan pengeluaran hasil dari 6.9 metrik tan sehektar pada Musim 1/2011 kepada 7.5 metrik tan sehektar pada Musim 1/2012. Pengurangan kos dan peningkatan hasil membantu meningkatkan pendapatan pesawah yang terlibat

    Namun selain pengurangan kos dan pengamalan pertanian  yang mesra alam, program ini mampu menjana purata pendapatan tambahan sebanyak RM 2000 sebulan untuk petani dan pesawah yang terlibat di mana sehingga 2012, dianggarkan sebanyak RM337,590.00 pendapatan dijana hasil penjualan produk-produk Natural Farming yang dinamakan Sri Anak, Sri Bunga, Sri Buah.

    Sehingga tahun 2013, sebanyak 6 Pusat Komuniti Pertanian Lestari ( Natural Farming ) yang telah ditubuhkan  di kawasan barat laut iaitu:

    1. Sri D’9. Parit 9, Sg. Leman, Sabak Bernam
    2. Sri D’1, Pt 1 Banat, Sabak Bernam
    3. Sri D’Dorani, Pt2,Sg. Haji Dorani, Sabak Bernam
    4. Sri D’Lima, Sg. Nipah, Sabak Bernam
    5. Sri D’Nipah, Sg. Nipah 2, Sabak Bernam
    6. Sri Kencana, Sg. Burung,Kuala Selangor

    Berdasarkan kejayaan Program ABCD di daerah barat laut, program ini telah diperluaskan ke daerah-daerah lain di Negeri Selangor dan pada tahun 2013, lima (5) lagi pusat komuniti telah ditubuhkan.

    Pengenalan kepada sistem tanaman berbilang di kawasan kelapa dimana penanam kelapa digalakkan untuk menanam tanaman selingan seperti koko, nanas dan kopi bagi menggantikan tanaman selingan pisang yang telah dilanda wabak moko. Dengan ini dapat memaksimumkan penggunaan tanah serta memberi pendapatan sampingan kepada petani tersebut.

    Selain itu, petani-petani juga digalakkan untuk menghasilkan produk hiliran yang berasaskan hasil pertanian. Melalui Program Industri Asas Tani (IAT) . Produkproduk makanan hasil dari ladang akan diberi nilai tambah melalui gredding, pembungkusan dan pemprosesan minima, manakala produk  IAT akan diberi penjenamaan dan pembungkusan yang lebih menarik supaya dapat menawan pengguna kelas menengah dan tinggi.

    Jumlah penternak akuakultur Selangor mengikut sistem ternakan adalah seperti berikut :-

    Sistem Bilangan Penternak
    Kolam Air Tawar 286
    Kolam Air Payau 154
    Sangkar Air Tawar 11
    Sangkar Air Payau 50
    Bekas Lombong 15
    Tangki Simen 153
    Kerang 750
    Ikan Hiasan 11
    Jumlah 1,430

    Jumlah penternak kerang di Negeri Selangor pada tahun 2012 adalah seperti berikut:

    Daerah Bilangan peserta
    Klang 54
    Kuala Selangor 366
    Sabak Bernam 330
    JUMLAH 750

    Jumlah penternak mengikut jenis ternakan utama yang direkodkan pada tahun 2012 adalah seperti berikut :

    JENIS TERNAKAN BILANGAN PENTERNAK (ORANG)
    LEMBU PEDAGING 622
    LEMBU TENUSU 102
    KAMBING / BEBIRI 677
    AYAM PEDAGING 171
    AYAM PENELUR 27
    JUMLAH

    KESELURUHAN

    1599

Lampiran

Tiada Lampiran.