Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

95) PEMBANGUNAN PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan penduduk perumahan Bukit Botak yang telah mendapat kunci untuk mendiami rumah mereka?

    Sehingga 17 Jun 2013, sejumlah 48 pemilik telah mengambil kunci kediaman masing-masing di mana mereka ini telah membuat bayaran secara tunai membeli rumah-rumah berkenaan. Manakala baki rumah sebanyak 1,377 unit dijangka akan menerima kunci sebelum akhir tahun 2013 memandangkan menunggu kelulusan urusan pinjaman bank dan penyediaan dokumen perjanjian S&P oleh peguam.

  2. Adakah rumah di Bukit Botak telah mendapat Sijil Layak Menduduki sepenuhnya?

    Kawasan perumahan Bukit Botak telah memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) sepenuhnya pada 28 April 2013.

  3. Berapakah keluarga yang telah menduduki (mendiami) rumah mereka di Perumahan Bukit Botak sekarang?

    Buat masa ini terdapat hanya sebuah keluarga yang telah mendiami rumah mereka di Bukit Botak. Manakala 47 unit rumah yang telah mengambil kunci akan mendiami kediaman masing-masing selepas kerja-kerja pengubahsuaian dalaman oleh pemilik.

Lampiran

Tiada Lampiran.