Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

86) PERLAKSANAAN PROJEK MELALUI TAWARAN TENDER TERBUKA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak projek yang ditawarkan melalui tender terbuka sepanjang tahun 2008-2012 dan berapa banyak projek yang telah terbengkalai atau lewat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan?

    Berikut merupakan jumlah projek melalui tender terbuka yang ditawarkan sepanjang tahun 2008-2012 dan bilangan projek yang ditamatkan dan lewat dari jadual:-

    Bil Tahun Bil Projek yang ditenderkan Bil projek yang ditamatkan Bil projek yang lewat dari jadual
    1. 2008 18 1 0
    2. 2009 24 0 0
    3. 2010 47 1 0
    4. 2011 65 2 1
    5. 2012 74 7 2
    JUMLAH 228 11 3
  2. Senaraikan projek-projek yang lewat siap mengikut nama projek, nama syarikat dan nilai projek mengikut daerah dalam negeri Selangor.

    Senarai projek-projek tender yang lewat siap dan projek tender yang ditamatkan mengikut Nama Projek, Nama Syarikat dan Nilai projek adalah seperti berikut:-

    Bil Nama Projek Nama

    Syarikat

    Nilai Projek (RM) Catatan
    1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bangi,

    Mukim Kajang, Daerah

    Hulu Langat, Selangor

    Darul Ehsan

    Hisniaga Bina Sdn. Bhd. 4,216,512.95 Projek lewat kerana hak milik tanah belum selesai.
    2. Kerja-kerja Pembinaan

    Kolam Takungan Banjir

    Serta Kerja-kerja Lain

    Yang Berkaitan di

    Kawasan Perindustrian

    Bukit Raja, Daerah

    Klang, Selangor Darul

    Ehsan

    Asas Kasturi (M) Sdn. Bhd 2,550,209.00 Projek lewat kerana Kontraktor lewat menerima lukisan pembinaan.
    3. Cadangan Membina dan Menyiapkan 1 Blok 4 Tingkat, sebuah bangunan kantin dan kerja-kerja lain yang berkaitan di SRA Bandar Bukit Puchong,

    Daerah Sepang

    Selangor

    Trisaga

    Construction

    Sdn Bhd

    6,250,000.00 Tarikh tamat :

    26 November

    2010

    4. Membina dan

    Menyiapkan SRA

    Seksyen 24, Shah

    Alam, Daerah Petaling,

    Selangor Darul Ehsan

    Base Fokus Sdn Bhd 4,772,722.00 Tarikh tamat : 18 Julai 2012
    5. Menaiktaraf Laluan

    Negeri B58 Jalan

    Banting-Raba, Daerah

    Kuala Langat, Selangor

    Darul Ehsan

    Inspirasi

    Perkara Sdn

    Bhd

    32,950,004.80 Tarikh tamat : 9 Julai 2012

     

    6. Membina dan

    Menyiapkan Masjid

    Dato’ Haji Kamaruddin,

    Daerah Petaling,

    Selangor Darul Ehsan

    Mywa

    Synergy Sdn

    Bhd

    7,100,500.00 Tarikh tamat :

    31 Oktober

    2012

    7. Membina dan

    Menyiapkan Blok 4

    Tingkat Bangunan Sekolah, Kantin dan lain-lain kerja untuk SRA Sungai Tangkas dalam Daerah Hulu Langat Selangor

    Mamfor

    Construction

    Sdn Bhd

    5,272,420.00 Tarikh tamat :

    1 Februari

    2013

    8. Cadangan

    Membaikpulih dan

    Menaiktaraf Masjid

    Jamek Raja Uda,

    Seksyen 16 Shah Alam,

    Daerah Petaling

    Selangor Darul Ehsan

    Cater

    Construction

    Enterprise

    Sdn Bhd

    1,572,680.00 Tarikh tamat :

    28 September

    2012

    9. Membina Jalan

    Penyambung Dan

    Menaiktaraf Jalan Abdul

    Manan di Antara Jalan

    Kapar dan Jalan Meru,

    Daerah Klang, Selangor

    Darul Ehsan

    UA

    Construction

    Sdn Bhd

    3,300,113.50 Tarikh tamat : 16 Mei 2013
    10. Cadangan Membina dan Menyiapkan Masjid Seksyen 7, Di Jalan

    Kristal 7/70, Seksyen 7,

    Shah Alam, Daerah

    Petaling, Shah Alam

    Lanhill

    Consolidated

    (M) Sdn Bhd

    7,305,208.60 Tarikh tamat : 17 Mei 2013
    11. Membina Dan

    Menyiapkan Sebuah

    Kunci Air Bagi

    Menaiktaraf Sistem

    Saliran Di Bagan

    Nakhoda Omar (BNO)

    Daerah Sabak Bernam

    Selangor Darul Ehsan

    Myasas

    Engineering

    Sdn Bhd

    1,233,838.00 Tarikh tamat :

    22 Ogos 2011

    12. Membina Dan

    Menyiapkan Parit

    Konkrit Berbentuk ‘U’

    Dan Kerja-Kerja

    Berkaitan Di Jalan

    Panchang Bedena,

    Sungai Besar, Daerah

    Sabak Bernam,

    Selangor

    Sole

    Resources

    Sdn Bhd

    2,496,320.00 Tarikh tamat :

    14 Ogos 2012

    13. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Seputeh di Kampung Tasik Permai Mukim Ampang

    Daerah Hulu Langat,

    Selangor Darul Ehsan –

    Fasa 1

    Lestari

    Services Sdn

    Bhd

    746,270.00 Tarikh tamat :

    23 November

    2012

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi memastikan projek ditawarkan melalui tender terbuka kerajaan siap dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan?

    I Di peringkat pra-kontrak dan pengurusan kontrak:-

    • Selaras dengan Arahan Perbendaharaan, semua kontraktor yang ditawarkan projek bernilai melebihi RM200,000.00 hendaklah mengemukakan bon pelaksanaan dengan nilai yang telah ditetapkan di antara 2.5% sehingga 5%. Bon Pelaksanaan adalah suatu bentuk jaminan sebagai pegangan kerajaan bagi melindungi kepentingan dan memastikan kontraktor melaksanakan tanggungjawabnya di bawah obligasi kontrak termasuk memastikan projek siap seperti dijadualkan;
    • Kerajaan berhak mengenakan Liquidated Ascertain Damages (LAD) mengikut nilai yang ditetapkan di dalam kontrak sebagai denda yang dikenakan di atas kelewatan pihak kontraktor;
    • Menyemak pengalaman dan prestasi kontraktor sebelum dibuat pengesyoran untuk tawaran kerja; dan
    • Meminta kontraktor mengemukakan program  kerja sebagaimana klausa 12.0 Syarat-syarat kontrak

    II          Di peringkat koordinasi projek dan pos-kontrak:-

    1. i) Memastikan masalah hakmilik tanah dan masalah utiliti telah diselesaikan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tender; dan
    2. ii) Memperkasakan             peranan         Pegawai        Penguasa     sebagai pemantau kemajuan kerja di tapak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.