Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

84) BANJIR KILAT HULU SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan perbelanjaan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk menyelesaikan masalah-masalah banjir kilat di dalam DUN Batang Kali dari tahun 2008 hingga 2013.

    Urus setia Dewan tidak menerima sebarang jawapan.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dalam menyelesaikan masalah-masalah banjir berkenaan.

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh MDHS untuk atasi banjir adalah seperti

    berikut :-

    1. i) Sg. Masin/Kg. Genting Malek

    – akan dibuat parit monsun yang berkapasiti besar untuk bawa air dari seksyen 4 ke seksyen 2 (dilaksanakan oleh pemaju Ligamas)

    1. ii) Taman Seri Batang Kali

    –     Membaiki parit-parit yang rosak yang menghalang sistem saliran dan berfungsi.

  3. Namakan kawasan-kawasan kerap banjir termasuk banjir kilat yang di dalam tindakan Majlis Daerah Hulu Selangor di dalam DUN Batang Kali.

    Lokasi :-

    1. Taman Seri Batang Kali
    2. Bandar Utama Batang Kali
    3. Batu 30 Hulu Yam Lama
    4. Taman Seri Cahaya Batang Kali
    5. Taman Desa Anggerik Serendah

Lampiran

Tiada Lampiran.