Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

59) KAFA MENENGAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bila dan di manakah Kerajaan Negeri akan membina sebuah KAFA Menengah?

    Dicadangkan KAFA Menengah akan dilaksanakan di Sekolah-sekolah berikut mulai tahun 2014

    1. Bukit Sentosa Fasa 1, Hulu Selangor,
    2. Bandar Tasik Puteri, Gombak
    3. Saujana Utama, Kuala Selangor
    4. Jalan Kebun, Klang
    5. Bandar Bukit Puchong, Sepang
    6. Medan Harun, Petaling
    7. Kampung Medan, Kuala Langat
    8. Pandan Indah, Hulu Langat
  2. Berapakah kos keseluruhan yang akan dibelanjakan?

    Anggaran kos peruntukan tambahan yang diperlukan untuk operasi KAFA Menengah adalah sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Sembilan Ribu Enam Ratus (RM249,600.00) setahun untuk membayar elaun tenaga pengajar menggunakan peruntukan melantik Guru KAFA sedia ada.

    (2 orang guru X 3 sekolah x RM 1300 X 12 Bulan = RM 249,600.00)

  3. Apakah syarat-syarat kemasukan pelajar ke sekolah tersebut?

    Kemasukan pelajar ke KAFA Menengah terbuka kepada :-

    1. Calon-calon yang telah mengikut sistem persekolahan di Sekolah Rendah

    Agama (SRA) / Kelas Al-Quran Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) Berumur 13 tahun untuk tingkatan 1

Lampiran

Tiada Lampiran.