Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

50) REZAB PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pertambahan rezab perbendaharaan Negeri Selangor dalam tahun 2012?

    Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2012 adalah meningkat sebanyak 34.74% iaitu daripada RM1,944.00 juta pada tahun 2011 kepada RM2,619.44 juta pada tahun 2012.

  2. Apakan punca utama pertambahan rezab perbendaharaan Negeri Selangor dalam tahun 2012?

    Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh lebihan terimaan hasil berbanding perbelanjaan pada tahun 2012 berjumlah RM268.10 juta dan peningkatan terimaan amanah sebanyak RM386.45 juta. Bagi lebihan terimaan hasil berbanding perbelanjaan pada tahun 2012 adalah disumbangkan oleh pertumbuhan hasil pada tahun 2012 di mana hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2012 telah mencatatkan peningkatan sebanyak RM320.80 juta (19.63%) iaitu

    RM1,954.81 juta berbanding tahun 2011 berjumlah RM1,634.01 juta. Peningkatan ketara direkodkan pada kutipan hasil premium geran tanah sebanyak RM869.91 juta pada tahun 2012 berbanding RM533.04 juta pada tahun 2011 dan terimaan bersih Kumpulanwang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri sebanyak RM311.43 juta.

  3. Adakah pertambahan rezab tersebut telah dijangka dan dirancang semasa belanjawan Negeri Selangor 2012 disediakan?

    Kerajaan Negeri Selangor pada dasarnya mengamalkan belanjawan berimbang di mana semasa penyediaan belanjawan Negeri Selangor perbelanjaan yang dirancang adalah berdasarkan anggaran hasil yang akan diterima. Walaubagaimanapun, dengan usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money) telah menyumbang kepada pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor. Contohnya adalah Pengwujudan sistem tender terbuka d idalam semua perolehan Kerajaan Negeri dan usaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah seperti mengenal pasti serta mengasingkan semua hakmilik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil; membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan pedalaman; membuka kaunter pada waktu rehat; dan menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.