Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
40) PENCERAMAH BERTAULIAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penceramah yang diberi tauliah untuk tahun 2013 mengikut daerah?
Jumlah penceramah tahun 2013 mengikut daerah :
DAERAH BILANGAN GOMBAK 29 HULU LANGAT 14 HULU SELANGOR 5 KLANG 10 KUALA LANGAT 10 KUALA SELANGOR 4 PETALING 34 SABAK BERNAM 6 SEPANG 5 LUAR SELANGOR 9 JUMLAH 126 -
Apakah proses dan kriteria pemilihan penceramah tersebut?
Kelayakan Pemohon Tauliah ;
- beragama Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- berumur 18 tahun;
- sihat tubuh badan dan sempurna akal;
- berakhlak dengan akhlak Islam;
- tidak pernah disabitkan dengnan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
- mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Sanawi atau yang setaraf dengannya;
- lulus ujian bertulis atau temuduga yang dijalankan oleh Jawatankuasa, jika dikehendaki oleh Jawatankuasa; 8) mendapat kebenaran bertulis dari majikan; 9) bermastautin dalam Negeri Selangor.
Kaedah Permohonan Tauliah
- Melalui Jawatankuasa Tauliah, 4 kategori telah dikeluarkan untuk mengenalpasti penceramah / tenaga pengajar yang berkelayakan, sesuai dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka miliki. Kategori tersebut ialah: a) Kategori Di : Berceramah
- Kategori D2:Mengajar Fardhu Ain / Pengajian Berkitab
- Kategori D3: Mengajar Al-Quran
- Kategori Khas :D4
- Individu yang berminat untuk mendapatkan tauliah perlu mengisi borang permohonan dan mengemukakannya kepada pihak urusetia melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
- Setelah permohonan diterima dan disemak, pemohon akan dipanggil temuduga bagi mengenal pasti kesesuaian permohonan dengan kelayakan yang dimiliki.
- Pihak urusetia akan menghantar senarai nama pemohon yang telah ditemuduga kepada Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor (IPK) untuk tujuan tapisan keselamatan.
- Setelah mendapat keputusan daripada pihak IPK, satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah akan dilaksanakan bagi memutuskan individu yang layak dan menetapkan kategori tauliah yang bersesuaian dengan pemohon.
- Kad tauliah yang diberikan kepada semua pemegang tauliah adalah berkuat kuasa tidak melebih daripada lima (5) tahun. Ini bertujuan untuk memudahkan tapisan keselamatan dan kawalan dibuat ke atas penceramah dari semasa ke semasa.
-
Apakah langkah untuk mengekang penceramah tanpa tauliah?
JAIS sentiasa memantau penceramah-penceramah di masjid dan surau-surau di negeri Selangor. Bagi penceramah yang tidak mempunyai tauliah mengajar dan berceramah pihak penganjur perlu membuat permohonan kebenaran khas kepada Setiausaha Jawatankuasa Tauliah di Bahagian Dakwah, JAIS. Pekeliling dan arahan Pengarah JAIS telah dikeluarkan melalui Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah bagi memastikan semua nazir dan pengerusi surau menjemput penceramah yang mempunyai tauliah sahaja dalam aktiviti ceramah dan pengajian agama di masjid dan surau yang dianjurkan.