Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

37) DASAR MEMBANTU WANITA BEKERJAYA DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah dan adakah kerajaan akan menetapkan dasar yang lebih ketat terhadap pasaraya-pasaraya besar dan kawasan komersial untuk menyediakan tempat penyusuan ibu dan kemudahan taska, taski, tadika dan sebagainya?

    Perkara ini sedia diberi perhatian oleh kerajaan Negeri Selangor. Ia suatu prioriti yg perlu mengambil kira peraturan dan undang2 kecil PBT. Ia akan dikuatkuasakan secara berperingkat pada tahun 2014 akan datang.

  2. Nyatakan bilangan taska, taski dan tadika serta bilangan ibu yang telah menerima manfaat daripada program Tunas sejak permulaannya sehingga sekarang.

    Setakat Jun 2013 jumlah pelajar yang telah menerima bantuan skim tunas ialah sebanyak 2961 pelajar. Berdasarkan jumlah tersebut bilangan ibu yang telah menerima bantuan tersebut dianggarkan sebanyak 2900 orang. Ini kerana ada beberapa orang ibu yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang menerima bantuan ini.

    Perincian jumlah penerima manfaat Program Tunas sejak permulaannya adalah seperti berikut :

        JENIS TADIKA  
    BIL TASKA TASKI TADIKA LAIN-LAIN
    1 1 114 39 21
        JUMLAH KESELURUHAN 174

     

Lampiran

Tiada Lampiran.