Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
34) KEGAGALAN PASUKAN SUKMA NEGERI MENJUARAI KEJOHANAN SUKMA KEBANGSAAN.
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Sukan Negeri bagi memastikan pasukan Sukma Negeri menjadi juara dalam pertandingan Sukma Kebangsaan di masa hadapan?
Bagi menghadapi setiap kejohanan sukan Malaysia, Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyediakan program ke arah meningkat prestasi atlit untuk menjadi juara di SUKMA. Antara langkah – langkah adalah meningkatkan lagi sesi latihan pasukan, menganjurkan program binaan yang meninggalkan impak yang positif ke dalam diri atlit Selangor dan juga melantik jurulatih – jurulatih berpengalaman. Walaupun pelbagai langkah yang diambil untuk mengejar juara, terdapat juga kekangan – kekangan yang cuba diselesaikan dalam masa yang singkat.
Antara langkah-langkah lain yang diberi perhatian oleh pihak Majlis adalah membeli peralatan baru yang lebih berteknologi terkini, mewujudkan Program Khas iaitu satu program yang menumpukan kepada sukan – sukan yang mempertandingkan banyak pingat di SUKMA dan juga meneruskan latihan secara berterusan sepanjang tahun.
-
Adakah semua kelab sukan Negeri mempunyai gelanggang latihan dan alatan mencukupi untuk persediaan awal?
Majlis Sukan Negeri mempunyai lebih 40 persatuan sukan negeri iaitu badan sukan yang bergabung dengan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk tujuan pembangunan khusus dalam persediaan atlit. Buat masa ini, pihak majlis menghadapi masalah kerana tiada gelanggang atau pusat latihan sendiri. Ini kerana pusat latihan yang ada di Negeri ini di punyai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak swasta. Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor terpaksa membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk menyewa apabila ingin menjalankan program latihan sepanjang tahun.
Selain daripada itu juga, permasalahan yang timbul apabila mengunakan atau menyewa pusat latihan di luar, atlit tidak dapat menjalankan latihan dengan baik kerana terpaksa berkongsi bersama-sama dengan masyarakat atau komuniti setempat. Oleh yang demikian, pihak majlis tidak dapat melaksanakan program latihan secara berterusan kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk kemudahan dan prasarana latihan walaupun ianya berada di bawah seliaan pihak PBT.
Pihak Majlis Sukan Negeri mengakui bahawa terdapat beberapa Persatuan Sukan Negeri atau pasukan menghadapi masalah untuk menjalani latihan biasa atau latihan pusat kerana tiada gelanggang dan kemudahan sendiri. Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor juga mengakui bahawa banyak persatuan sukan menghadapi masalah peralatan untuk latihan dan pertandingan. Peralatan yang ada sekarang ini kebanyakannya telah lama dan ketinggalan dari segi teknologi. Peralatan baru memerlukan kos yang tinggi.
-
Adakah bajet yang disediakan mencukupi untuk atlit negeri menjalani latihan?
Bajet yang disediakan oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM 5 juta setahun yang merangkumi SUKMA dan pembangunan adalah tidak mencukupi untuk atlit negeri menjalani latihan lebih-lebih lagi latihan sepanjang tahun. Menurut kajian Sains Sukan pembangunan atlit yang telah matang (teknikalnya) adalah lebih kurang mengikut kitaran olimpik (Olympic cycle) iaitu 4 tahun. Ini bermakna sesuatu program yang intensif itu memerlukan masa 3-4 tahun untuk melihat hasilnya. Walaupun setelah tamat SUKMA, atlit-atlit ini tidak boleh dibiarkan dan harus memasuki fasa latihan seterusnya dan proses ini adalah proses berterusan sepanjang tahun.
Bajet untuk atlit menjalani latihan bukanlah hanya memberi elaun sematamata kepada atlit. Ianya merangkumi semua keperluan dan kemudahan asas yang perlu disediakan untuk atlit.
Berikut adalah keperluan untuk penyediaan pasukan untuk mengurus persediaan atlit prestasi tinggi (SUKMA sahaja):
- Sewa gelanggang/pusat latihan
- Elaun pengangkutan atlit
- Kejohanan pendedahan – peringkat kebangsaan dan antarabangsa
sekurang-kurangnya 5 kali
- Elaun jurulatih
- Program binaan atlit – kem berfasa sekurang-kurangnya 4 kali satahun
- Peralatan latihan dan kejohanan
- sewa penginapan
- insurans
- makanan tambahan dan rawatan
Jika dilihat secara spesifiknya, lebih kurang RM 4.3 juta diperlukan hanya untuk persediaan bagi pasukan SUKMA setiap tahun yang secara puratanya untuk 20 jenis sukan yang akan dipertandingkan.
Perbelanjaan mengurus dan membangun untuk sukan-sukan yang kejohanan SUKMA pada tahun berikutnya juga perlu diambil perhatian kerana ianya sukan yang berbeza dan memerlukan perbelanjaan seperti:-
- Sewa gelanggang/pusat latihan
- Elaun pengangkutan atlit
- Kejohanan pendedahan – peringkat kebangsaan dan antarabangsa
sekurang-kurangnya 5 kali
- Elaun jurulatih
- Program binaan atlit – kem berfasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun
- Peralatan latihan dan kejohanan
- sewa penginapan
- insurans
- makanan tambahan dan rawatan
Setiap tahun lebih 20 jenis sukan yang akan bertanding di SUKMA. Dan setiap tahun juga perbelanjaan akan berbeza-beza mengikut jenis sukan dan keperluan yang dinyatakan di atas tidak termasuk perbelanjaan mengurus kontinjen semasa SUKMA iaitu:
- bayaran pendaftaran
- pengangkutan
- elaun pasukan
- pakaian kontingen
- pakaian pertandingan
- elaun urusetia dan pegawai
Buat masa ini pihak majlis menerima RM5 juta setahun tetapi dibahagikan kepada 2 kategori besar iaitu SUKMA, pembangunan Sukan dan SUKSES. Seperti yang telah dihuraikan diatas, bajet untuk penyediaan pasukan SUKMA sahaja mencecah hampir RM 5 juta untuk sukan-sukan SUKMA pada tahun itu manakala pihak majlis memerlukan bajet tambahan untuk menampung keperluan sukan-sukan yang akan bertanding di SUKMA pada tahun berikutnya kerana persediaan atlit hendaklah secara berterusan sepanjang tahun.
Selain daripada itu, paling kritikal adalah peralatan yang digunakan oleh kebanyakan pasukan sudah ketinggalan dari segi teknologi dan pasukan memerlukan peralatan yang baru dan berdaya saing dengan atlit negeri lain. Oleh yang demikian, pihak majlis terpaksa mencari dana untuk menukar ganti peralatan yang diperlukan. Elemen – elemen yang disebutkan adalah keperluan asas untuk program persediaan atlet prestasi tinggi dan kebanyakannya memerlukan bajet yang tinggi.
Pihak majlis perlu ada pecahan bajet yang lebih komprehensif untuk tujuan pembangunan sukan dan persediaan atlit prestasi tinggi. Malahan, perbelanjaan bagi meningkatkan kemudahan, prasarana dan peralatan yang lebih baik perlu diadakan bagi memastikan proses-proses pembangunan sukan dan persediaan atlit tidak terjejas dan mampu bersaing ke tahap yang lebih tinggi.
LAMPIRAN 1
PECAHAN PERBELANJAAN -PERBELANJAAN UNTUK PENYEDIAAN PASUKAN SUKMA
PERBELANJAAN PROGRAM PERSEDIAAN
PASUKAN
BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUMLAH PERKARA 2013 KEM BINAAN SUKMA
BERPERINGKAT (2
PERINGKAT
RM10K X 20
SUKAN)
400,000 400,000.00 KEJOHANAN (RM 15K X 20 SUKAN X
5 KALI SETAHUN)
1,500,000 1,500,000.00 BENGKEL SAINS SUKAN (RM 5,000
X 3 KALI
15,000 15,000.00 JUMLAH 1,915,000.00
PERBELANJAAN MENGURUS PENYEDIAAN PASUKAN
BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUMLAH PERKARA 2013 ELAUN ATLET RM 400 X 400
ORANG
160,000 160,000 160,000 160,000 160,000 160,000 960,000.00 ELAUN JURULATIH RM
3500 X 40 ORANG
140,000 140,000 140,000 140,000 140,000 140,000 840,000.00 ELAUN PENGURUS (RM
500 X 25 ORANG)
12,500 12,500 12,500 12,500 12,500 62,500.00 SEWAAN VENUE LATIHAN (RM 3000 X 19 SUKAN )
57,000 57,000 57,000 57,000 57,000 57,000 342,000.00 SEWA PENGINAPAN (RM
200 X 50 ORANG
10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 50,000.00 SKIM APPERANTIS
200,000 200,000.00 JUMLAH 2,454,500.00
KESELURUHAN 4,369,500.00
LAMPIRAN 2
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS KONTINGEN SUKMA
Bil Perkara Anggaran Jumlah 1) Persediaan Pasukan i. Elaun Pasukan Semasa SUKMA 196,450.00 1,253,650.00 ii. Skim Pemberian Bonus Pingat Emas 50,700.00 iii. Insentif Kemenangan SUKMA 906,500.00 iv. Sains Sukan 100,000.00 2) Pentadbiran/Urusetia/Publisiti & Promosi i. Pengurusan Bilik Sekretariat 11,800.00 96,420.00 ii. Pakaian Korporat 6,400.00 iii. Komunikasi Radio (walkie Talkie) 9,000.00 iv. Hadiah dan Cenderamata 23,000.00 v. Jurugambar 10,000.00 vi. Promosi & Publisiti 19,300.00 vii. Bendera 11,920.00 viii.kontinjensi 5,000.00 3) Pengurusan Acara i. Watikah Perlantikan Bapa Angkat (telah dijalankan) 2,750.00 211,400.00 ii. Kem Kontinjen SUKMA 100,500.00 iii. Majlis Penyerahan Bendera 33,150.00 iv. Lawatan 5,000.00 v. Mesyuarat Kontinjen 5,000.00 vi. Jamuan Kontinjen (SUKMA) 15,000.00 vii. Majlis Penyerahan Insentif 50,000.00 4) Elaun Jawatankuasa/Pegawai & Kakitangan/Petugas Perubatan 91,485.00 5) Logistik i. Penginapan / Bilik Urusetia 31,500.00 1,024,237.00 ii. Pakaian Kontinjen 200,000.00 iii. Peralatan & Pakaian Pasukan 713,987.37 iv. Pengangkutan 78,750.00 6) Penyokong (Pasukan Sorak) 42,500.00 JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN RM 2,719,692.00