Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

29) PENGENDALIAN SAMPAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa tahun lagi negeri masih akan menggunakan kaedah tapak pelupusan sampah.

    Kerajaan Negeri tidak merancang untuk membuka kawasan tapak pelupusan sampah baru kerana faktor tanah yang terhad. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri sedang mengkaji dan meneroka teknologi baru sebagai altenatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah. Setakat ini, jangka hayat tapak pelupusan sampah sedia ada adalah seperti di Lampiran 1.

    Lampiran 1

    Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian
    Tapak Pelupusan

    Sanitari Jeram,

    Kuala Selangor

    2700 tan/hari 2007 Sehingga Disember 2016 Worldwide

    Holdings Berhad

    Tapak Pelupusan

    Sanitari Tanjong Duabelas,Kuala Langat.

    400 tan/hari 2010 Sehingga tahun 2050 Worldwide

    Holdings Berhad

    Transfer Station

    Seksyen 21, Shah

    Alam

    1200 tan/hari 2007 Konsesi

    Selama 25 Tahun

    Worldwide

    Holdings Berhad

    Tapak Pelupusan

    Sisa Lengai

    Dengkil

    200 tan/hari 2004 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad.
    Tapak Pelupusan

    Sisa Lengai

    Kuang

    120 tan/hari 2007 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad.
    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg.

    Kertas

    20 tan/hari 2011 Konsesi selama 10 tahun Worldwide Holdings Berhad.
    Tapak Pelupusan

    Secara Terbuka Bukit Beruntong

    100-120 tan/sehari 2007 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor
    Tapak Pelupusan

    Secara Terbuka

    Sungai Sabai

    80-100 tan/sehari 2001 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor
    Tapak Pelupusan

    Secara Terbuka

    Panchang Bedena

    60 tan/sehari 1984 Sehingga tahun 2023 Majlis Daerah Sabak Bernam

    ***sumber: Worldwide Holdings Berhad & PBT

  2. Apakah rancangan negeri selepas kapasiti tapak pelupusan sampah tidak cukup untuk menampung sampah yang semakin tambah?

    Kerajaan Negeri sedang melihat dan mengkaji secara terperinci mengenai sistem terkini pelupusan untuk dibangunkan. Memandangkan kos pembangunan yang terlalu tinggi bagi sistem berteknologi tinggi seperti loji incinerator dan seumpamanya, Kerajaan Negeri telah melihat opsyen-opsyen kaedah pelupusan lain seperti loji MRF serta pengkomposan. Namun begitu keperluan tapak pelupusan sanitari amat penting kerana kaedah ini masih memerlukan pembuangan terakhir selepas diproses. Kerajaan Negeri juga melihat bahawa tapak pelupusan sedia ada mungkin akan diperluaskan bagi menampung kadar penghasilan sisa pepejal yang semakin meningkat.

  3. Sila nyatakan apakah rancangan negeri untuk mengamalkan konsep baru untuk pengelolaan sampah domestik seperti pembahagian sampah berdasarkan jenisnya?

    Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius bagi memastikan pembuangan sampah berkurangan dan dapat mewujudkan alam sekitar yang bersih dan hijau. Dengan itu Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai program antaranya ialah “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam semula sekitar. Program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) juga diperkenalkan kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan program “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat bagi bangunan-bangunan kerajaan dan pada setiap hari Sabtu dilaksanakan diseluruh pasaraya-pasaraya di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.