Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
24) PROGRAM SPIES
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik peserta dan kelompok sasar SPIES dari 2008 hingga 2013?
Program SPIES bermula 24 Ogos 2008 – Mei 2013 dan telah melibatkan sebanyak 1,429 sesi kursus dengan penyertaan seramai 113,012 orang seperti berikut :
BIL SASARAN PESERTA JUMLAH PESERTA 2008 – MEI 2013 Jumlah 2008 2009 2010 2011 2012 Mei 2013 1 Remaja / Belia 3,003 11,622 9,426 9,138 10,627 6,486 50,302 2 Penjawat Awam 135 3,217 9,088 5,381 3,139 734 21,694 3 Warga Pendidik 850 1,615 3,824 3,413 2,396 733 12,831 4 Kanak-Kanak 411 – – – – – 411 5 Pimpinan Masyarakat 845 1,330 1,403 3,258 1,956 236 9,028 6 Keluarga 714 2,200 2,350 1,180 3,935 3,229 13,608 7 Pelajar IPT / Siswa 1,800 1,376 590 256 551 70 4,643 8 Warga Industri 160 – – – – 285 445 9 Warga Emas – 50 – – – – 50 JUMLAH 7,918 21,410 26,681 22,626 22,604 11,773 113,012 -
Bagaimanakah kejayaan dan impak program SPIES diukur?
Program SPIES adalah program pengupayaan atau memberdayakan insan (empowering) untuk menjadi insan yang ehsan (cemerlang) dengan menggunakan semaksimum potensi intrinsik keinsanan iaitu Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial (effective utilization of all intrinsic human potentials to be the best of himself / herslf). Program pembangunan modal insan SPIES bersifat holistik dan bersepadu adalah hasil kreatif dan inovatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan modal paling utama iaitu modal insan.
Perlu diingatkan program SPIES BUKAN sekadar kursus. Kursus hanyalah pengenalan kepada SPIES. Program SPIES sebenarnya adalah penerapan budaya positif dan produktif bermula di dalam jentera kerajaan hingga ke akar umbi.
Setiap projek / program SPIES yang dirancang adalah untuk pelaksanaan peringkat jangkamasa panjang dan sentiasa memastikan kesinambungan projek / program secara berterusan dan mestilah berdaya tahan atau “sustainable” yang menepati 4 perkara berikut:
- Setiap projek/program bersifat lestari – sentiasa berterusan dan berkembang;
- Ketahanan individu/isirumah dan komuniti – Individu, isirumah dan komuniti yang berdaya tahan bersedia menerima perubahan melalui proses membuat keputusan yang jelas, kolaborasi dan pengurusan sumber dalaman dan luaran kepada komuniti;
- Persekitaran yang lestari – persekitaran yang lestari mesti menjaga asas sumber-sumber yang stabil, mengelakkan eksploitasi sumber dan memelihara alam dan biodiversity (perlu kerjasama pelbagai pihak);
- Perubahan struktur – dimensi struktur kemiskinan perlu diberi penekanan melalui pemerkasaan setiap isirumah di kampung dan golongan miskin (perlu kerjasama pelbagai pihak) .
Oleh itu, bagi memastikan kejayaan dan impak program SPIES, maka Pemantauan dan Penilaian (P & P) telah dibuat dengan mefokuskan kepada aspek berikut :
- i) Setiap program SPIES yang dilaksanakan;
- ii) Konsultan sebagai syarikat pelaksana; dan
- iii) Keberkesanan dan pengawalan kos.
Pengukuran keberkesanan program dibuat berdasarkan 2 model P & P yang telah digunakan iaitu model Kirk Patrick seperti berikut :
Tahap pertama Reaksi Semasa program dilaksanakan. melihat reaksi peserta.
Tahap kedua Kefahaman Selepas tamat kursus – ujian kefahaman/soalan semasa temubual/borang penilaian. Tahap ketiga Tingkahlaku Selepas 3 bulan program. Adakah berlaku perubahan tingkahlaku yang baik. Tahap keempat Hasil Selepas 6 bulan program. Adakah masih mengekalkan tingkahlaku yang baik secara berterusan. Pengukuran bagi program Pembudayaan SPIES D’Village (PSD) dan program Pembudayaan SPIES Organisasi (PSO) pula ialah dengan menggunakan Model P & P iaitu Model CIPP – Stufflebeam Model yang digunapakai di Hawai (model for evaluating learning spaces) yang mengandungi 4 bahagian utama iaitu Context, Input, Process, Product. Secara umum, 4 bahagian ini berkait dengan persoalan apakah keperluan yang perlu dibuat, bagaimana sepatutnya dibuat, adakah telah dibuat dan adakah ianya berjaya?
- Impak : adakah sampai kepada sasaran yang betul?
- Keberkesanan: Adakah keperluan mereka terpenuhi?
- Sustainability: Adakah kemajuan atau penambahbaikan berterusan?
- Transportability: Adakah dapat dipindahkan dan adaptasi untuk kegunaan ditempat lain dengan berkesan?
Kaedah pengumpulan data pengukuran kejayaan dan impak kepada program SPIES ini telah dibuat melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif dengan menggunakan (i) borang penilaian dan (ii) borang soal selidik. Kaedah kualitatif pula ialah melalui (i) reaksi peserta (ii) pemerhatian (iii) temubual (iv) temuduga kumpulan fokus.
Pemantauan dan penilaian program SPIES telah dilaksanakan oleh konsultan pemantau yang dilantik oleh kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak konsultan SPIES bagi program latihan.
Pelaksanaan dan pemantauan Program Pembudayaan SPIES D’Village (PSD) dibuat oleh konsultan pemantau dengan kerjasama 2 ahli jawatankuasa audit sekretariat PSD di kampung-kampung (terdiri daripada jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung dan sukarelawan yang telah menghadiri kursus SPIES Profesional – kandungan modul SPIES Profesional adalah menekankan mengenai perubahan mindset, kepimpinan, pemikiran kreatif, pengurusan projek/program, pengurusan kewangan, kaedah penyediaan pelaporan).
Manakala pemantauan Program Pembudayaan SPIES Di Organisasi (PSO) ialah melibatkan konsultan pemantau dengan kerjasama 2 ahli jawatankuasa audit sekretariat PSO d ijabatan (terdiri peserta alumni SPIES Profesional dan kandungan modul Pembudayaan SPIES Organisasi merangkumi perubahan mindset, kepimpinan, pemikiran kreatif, pengurusan projek/program, pengurusan kewangan, kaedah penyediaan pelaporan).
Kejayaan program pembudayaan SPIES bolehlah dilihat daripada kecemerlangan modal insan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan peningkatan kehadiran pengunjung (tahun 2008 – April 2013 seramai 5,122,060 orang), pertambahan bilangan keahlian PPAS (tahun 2008 – April 2013 seramai 234,025 orang) dan sambutan yang menggalakkan semasa berlansungnya pesta buku (tahun 2009 – Mei 2013 seramai 1,828,331 pengunjung). Maklumat terperinci di Lampiran 1.
LAMPIRAN 1
JUMLAH PENGUNJUNG HARIAN DI PERPABADAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)TAHUN BERMULA TAHUN 2008 – APRIL 2013
TAHUN JUMLAH 2008 768,863 2009 840,698 2010 857,233 2011 859,187 2012 1,302,987 2013 (JAN – APRIL) 493,092 JUMLAH BESAR 5,122,060 STATISTIK KEAHLIAN PPAS BAGI TAHUN 2008 HINGGA APRIL 2013
Tahun Dewasa Remaja Kanak-kanak Jumlah 2008 10,846 8,934 15,904 35,684 2009 12,745 11,048 18,391 42,184 2010 14,652 12,777 20,956 48,385 2011 15,057 11,331 18,323 44,711 2012 17,510 13,171 16,674 47,355 Tahun Dewasa Remaja Kanak-kanak Jumlah 2013 (Jan- April)
6,019 4,464 5,223 15,706 Jumlah 76,829 61,725 95,471 234,025 PENCAPAIAN PELAKSANAAN PESTA BUKU PPAS : TAHUN 2009 – APRIL 2013
Perkara Tahun 2009 Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012 Tahun 2013 Tarikh 24 Julai – 3 Ogos 25 Jun – 5 Julai
24 Jun – 3 Julai
29 Jun9 Julai 24 Mei – 3 Jun Tempat Kompleks PKNS Kompleks PKNS Pusat Konvensyen
Shah Alam
Pusat Konvensyen
Shah Alam
Pusat Konvensyen
Shah Alam
Pengunjung 390,961 423,315 353,530 348,235 312,290 Jumlah 1,828,331