Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
21) ISU BANJIR KILAT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor menangani isu banjir kilat di kawasan Kg. Giching, Lembah Paya dan Kg. Labu Lanjut?
Tindakan Jangka Masa Pendek
- Perlaksanaan kerja-kerja mendalamkan dan melebarkan Sg. Chinchang, membentuk semula benteng sungai serta membaiki pintu kawalan air ‘flap gate’ di laluan Sg. Chinchang dengan menggunakan peruntukan dengan anggaran kos sebanyak RM 1 juta.
Tindakan jangka masa panjang
- Adalah disyorkan agar kerja-kerja menaiktaraf perlu dilaksanakan terhadap Sg Jijan yang mana aliran tersebut akan bersambung ke Sg Chinchang dan Sg. Labu.
- Skop kerja terlibat termasuk
- Kerja pelebaran dan mendalamkan sungai
- Pengukuhan tebing dan benteng/dinding penahan banjir ‘flood wall’,
- Menaiktaraf jambatan/lintasan,
- Menaikataraf pintu kawalan air serta pembinaan rumah pam.
- Anggaran kos berjumlah RM47 juta termasuk pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, kerja ukur serta siasatan tanah.
- Kekangan semasa adalah berkaitan isu berkaitan hak milik tanah yang mana kawasan ini melibatkan banyak kawasan hak milik. Projek pembinaan boleh dilaksanakan segera sekiranya masalah pengambilan tanah selesai