Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
20) KAFA MENENGAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah konsep operasi KAFA sedia ada berbanding KAFA Menengah?
Konsep operasi KAFA sedia ada dan KAFA Menengah adalah seperti berikut:-
KAFA RENDAH KAFA MENENGAH 1- Murid berumur dari 7 -12 tahun 1- Murid berumur dari 13 hingga 16 tahun 2- Murid Sekolah Rendah Kebangsaan
2- Murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang berhampiran
3- Pelaksanaan Sekolah 5 hari seminggu 3- Pelaksanaan sekolah adalah 3 hari satu minggu 4- Kurikulum Al-Quran, Fardhu Ain dan Bahasa Arab 4. Kurikulum al-Quran dan fardhu ain 5- Operasi berjalan di bangunan sendiri, di masjid, di surau 5.Operasi berjalan di bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA ), masjid dan Surau 6- Menampung pelajar yang gagal masuk ke Sekolah Agama Menengah
-
Di manakah kawasan akan dibina KAFA ini?
KAFA Menengah ini sedang diusahakan untuk beroperasi di Sekolah-sekolah Rendah Agama berikut :-
- Bukit Sentosa Fasa 1, Hulu Selangor,
- Bandar Tasik Puteri, Gombak
- Saujana Utama, Kuala Selangor
- Jalan Kebun, Klang
- Bandar Bukit Puchong, Sepang
- Medan Harun, Petaling
- Kampung Medan, Kuala Langat
- SRA. Pandan Indah, Hulu Langat